Cadang pameran motorsikal klasik dalam kalendar negeri

Admin

KLASIK… Festival Motorsikal Klasik Antarabangsa ke-15 anjuran Kelab Motorsikal Klasik Utara (KMKU) yang julung kali dianjurkan di sini berjaya menarik 500 penyertaan termasuk mempamerkan sebuah motorsikal tertua dihasilkan pada tahun 1632.

Majlis yang dirasmikan Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy tersebut turut memperlihatkan penyertaan para peserta dari luar negara seperti Singapura, Thailand dan Australia.

Presiden KMKU yang hanya mahu dikenali sebagai Vira berharap program berkenaan dapat dimasukkan di dalam kalender acara tahunan negeri Pulau Pinang.

“Ramai peminat motosikal klasik sanggup datang dari jauh sematamata ingin melihat dengan lebih dekat keunikan motor-motor ini.

“Justeru, saya berharap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan cadangan untuk menjadikan ia sebagai salah satu acara tahunan negeri,’’ katanya di sini baru-baru ini.