Covid-19, maklumat rasmi daripada KKM sahaja – Kon Yeow

Admin

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menyatakan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) sahaja yang merupakan jurucakap rasmi berhubung perkembangan terbaru kes wabak Coronavirus (Covid-19) di negeri ini.

Justeru, beliau menasihatkan semua pihak termasuk para pengamal media supaya berpegang kepada etika kewartawanan dengan melaporkan berita rasmi yang dikemas kini oleh kementerian berkenaan sahaja.

“Saya rasa warga media pun ada etika profesionalisme untuk dipegang, jadi kita (Kerajaan Negeri) harap peganglah etika itu,” responsnya yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Pengangkutan dan Komunikasi ketika ditanya soalan berkaitan pada sidang media di Komtar pada 9 Mac 2020.

Hadir sama, beberapa Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sebelum itu, dua pemberita meminta Kon Yeow mendedahkan perkembangan terbaru mengenai kes Covid-19 di negeri ini.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ALVIE CHENG
Video : CHAN KOK KUAN