Dasar Cleaner Greener Penang ubah tahap kebersihan Pulau Pinang sejak 10 tahun

DCIM100GOPROGOPR1313.JPG

KEBUN BUNGA – Ketua Unit Pengurusan Sisa Pepejal Bahagian Kerajaan Tempatan, Oon Lai Kuan menyatakan aktiviti Plogging For A Cleaner Greener Penang@Moongate yang diadakan merupakan sebahagian daripada dasar Cleaner Greener Penang yang telah dilancarkan sejak tahun 2010.

Melalui dasar tersebut, jelas Lai Kuan banyak pencapaian telah diperoleh dari segi kebersihan dalam tempoh hampir 10 tahun ini.

“Ramai mengakui tahap kebersihan dalam negeri Pulau Pinang telah meningkat ke satu tahap yang lebih tinggi.

“Perubahan ini jelas dirasai terutama di kalangan pelancong tempatan yang datang mengunjung semula negeri Pulau Pinang setelah lama menetap di negeri lain.

“Justeru, marilah kita terus memelihara alam sekitar dan meningkatkan tahap kebersihan sebagai sesuatu untuk diwarisi kepada generai yang akan datang,” ujar Lai Kuan ketika berucap sebelum program plogging dijalankan semalam.

Turut hadir, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Kerajaan Tempatan, Nur’ Aishah Md. Norodin.

Pada tersebut kira-kira 200 penyertaan diterima antaranya dari kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jabatan Botani, Jabatan Perhutanan dan komuniti mendaki Point 5.

Altiviti plogging atau mengutip sampah itu bermula dari Moongate (Jalan Kebun Bunga) sehingga ke Point 5 laluan ke Bukit Bendera.

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD