Dedah seni kaligrafi kepada generasi muda

Admin

TANJUNG BUNGA – Generasi muda perlu didedahkan dengan seni kaligrafi supaya seni tulisan tangan itu tidak lenyap begitu sahaja rentetan perkembangan teknologi moden pada masa kini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bunga, Teh Yee Cheu berkata, adalah sesuatu yang menyedihkan sekiranya seni tradisi tersebut tidak mendapat tempat dalam kalangan golongan muda.

“Seni kaligrafi Cina merupakan salah satu kesenian yang agung sejak tamadun Cina dan dianggap mempunyai keunikan serta nilai tersendiri.

“Oleh itu, saya mengambil kesempatan mewujudkan kelas kaligrafi di Dewan Pasar Awam Tanjung Bunga dalam usaha memberi pendedahan terhadap seni kaligrafi ini kepada khalayak ramai,” katanya di sini baru-baru ini.

Beliau dalam pada itu turut mengajak orang ramai untuk hadir dan melihat sendiri karya-karya kaligrafi yang dihasilkan sepanjang kelas berlangsung.

Kelas yang dikelola seniman kaligrafi Cina, Tan Eng Huat itu diadakan setiap hari Jumaat bermula jam 8 malam. Yuran dikenakan sebanyak RM30 sebulan.

Orang ramai yang ingin menyertai kelas kaligrafi Cina boleh menghubungi talian 017 – 501 0091 untuk pertanyaan lanjut.