Depo Tahanan Imigresen Juru bakal berpindah

Admin

Oleh : YAP LEE YING

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) boleh percepatkan pemindahan keluar Depo Tahanan Imigresen dari Juru, Seberang Perai Tengah (SPT) agar memenuhi permintaan rakyat tempatan yang diganggu perjalanan pusat tahan pendatang asing tanpa izin tersebut selama ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lin Guan Eng berkata demikian susulan jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa menjawab surat permohonan beliau dan telah memberikan jaminan pemindahannya seperti berikut :

YAB TUAN LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang
Pejabat Ketua Menteri
10502 KOMTAR
Pulau Pinang, Malaysia.

YAB,

CADANGAN PUSAT PENEMPATAN SEMULA TAHANAN DI PULAU PINANG

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat YAB Bil.PSUKPP/21/0352/58(1021/2014) bertarikh 25 April 2014 adalah berkaitan.

2. Untuk makluman YAB, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa mengambil perhatian mengenai keadaan depot tahanan di Juru yang tidak sesuai digunakan, penuh dan melebihi kapasiti. Sehubungan itu, KDN bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengenalpasti tapak yang sesuai untuk pembinaan depot tahanan yang baru ini iaitu di Lot 7370, Mukim 7, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

3. Lokasi tapak depot baru yang dicadangkan adalah bersesuaian dan jauh dari kediaman penduduk awam serta bersebelahan dengan Penjara Seberang Perai Selatan, Hospital Sungai Bakap dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan. Pada masa ini, urusan permohonan pengambilan tanah sedang giat dijalanlan dan IJM sedang mengumpul dokumen-dokumen yang berkaitan bagi urusan permohonan pengambilan tanah yang dimaksudkan.

4. Pihak Kementerian amat berbesar hati di atas keprihatinan YAB terhadap perkara ini.

Sekian, terima kasih

AHMAD ZAHID BIN HAMIDI

KERTAS MAKLUMAN

Y.Bhg.Dato’

STATUS CADANGAN PEMINDAHAN DEPOT TAHANAN IMIGRESEN JURU KE TAPAK DEPOT TAHANAN IMIGRESEN PULAU PINANG YANG BARU DI LOT 1348, MUKIM 7, DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN (SPS) PULAU PINANG

1. LATAR BELAKANG
1.1 Depot Tahanan Imigresen Juru telah beroperasi pada 14 April 1991 di mana kapasiti sediada depot ini adalah seramai 550 orang iaitu 450 lelaki dan 100 wanita.

1.2 Depot ini sudah tidak dapat menampung kapasiti tahanan yang semakin ramai.

1.3 Tapak Depot Tahanan Juru sediada merupakan kawasan yang padat penduduk. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mencadangkan supaya Depot ini dipindahkan ke kawasan yang lebih sesuai.

2. CADANGAN PENGAMBILAN TANAH BAGI PEMBINAAN DEPOT TAHANAN IMIGRESEN DI TAPAK BARU
2.1 Jabatan telah mengenalpasti tapak cadangan Depot Tahanan yang baru dan ia terletak di Mukim 7, Seberang Prai Selatan, Pulau Pinang. Tanah ini mempunyai keluasan lebih kurang 15 ekar. Tapak baru ini juga terletak bersebelahan dengan Penjara Seberang Prai. Agensi lain yang berdekatan dengan tapak cadangan ini termasuk Hospital Sg. Bakap (7km) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (5km).

2.2 Butiran tanah adalah seperti berikut :

Pemilik : Land Capacity Sdn. Bhd.Bandar / Pekan / Mukim : Mukim 07, Seberang Perai Selatan
Keluasan keseluruhan : 198.2 Hektar
Luas yang akan diambil alih : 15 Ekar (6.07 Hektar)

2.3 Anggaran bagi pengambilan tanah yang dimaksudkan adalah berjumah RM3 juta oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

2.4 Cadangan pengambilan tanah ini telah dimasukkan di dalam permohonan Projek Pembangunan Rolling Plan 4, RMK-10 dengan kos RM 4,000,000.00. Ia masih di dalam pertimbangan Unit Perancang Ekonomi untuk kelulusan.

2.5 Jabatan Imigresen telah mengemukakan semua dokumen yang berkaitan bagi permohonan tanah kepada KDN. Namun begitu, dokumen pelan prahitungan, baru sahaja diterima daripada Jurunilai swasta dan akan dikemukakan kepada KDN di dalammasa terdekat.

2.6 Permohonan bagi pembinaan depot tahanan baharu akan dikemukakan stelah urusan pengambilan tanah depot ini selesai. Permohonan bagi pembinaan depot tahanan bahari dijangkan akan dipohon di dalam Rancangan Malaysia Ke- 11.

Sekian, terima kasih.

Unit Pembangunan, Bahagian Kewangan.