Derita tulang rapuh, bantu adik Khayla kumpul dana

BATU UBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A. Kumaresan berharap agar sikap prihatin masyarakatkhususnya di negerin ini dapat membantu adik Khayla AdhaMirza Imran yang menderita penyakit osteogenesis imperfecta (tulang rapuh) mengumpul dana berjumlahRM80,000.

 

Kumaresan berkata, dana tersebut diperlukan bagi membiayaikos pembedahan oleh doktor pakar dekat sebuah pusatperubatan di negeri ini.

 

“Saya kenal Khayla sejak beliau berusia tiga tahun dan dimaklumkan bahawa tulangnya sangat rapuh sehingga bolehpatah pada bila-bila masa. Penyakit ini adalah amat jarangberlaku di Malaysia.

 

Sebelum ini, satu pembedahan memasukkan besi telahdijalankan terhadap beliau pada tahun 2020 di Hospital PulauPinang (HPP), namun pada tahun lepas ia terpaksadikeluarkan semula.

 

“Buat sementara waktu, saya memberikan kerusi roda kepadaadik Khayla (Adha Mirza) untuk memudahkannya bergerakdan melakukan urusan lain,” ujarnya pada sidang media di sini 9 Disember lalu.

 

Khayla Adha Mirza hadir ditemani ibunya, Khairol Niza Zaffarullah Khan, 42, bapa, Imran Mohd. Yusoff, 43.

 

Mengulas lanjut, Kumaresan percaya bahawa dana pembedahan yang diperlukan akan berjaya dikumpul tidaklama lagi.

 

“Saya sendiri akan menulis kepada hospital berkaitan supayamempertimbangkan pengurangan kos sebagai tanggungjawabkorporat sosial (CSR) terhadap keluarga ini kerana sayadifahamkan bahawa RM80,000 adalah kos pembedahan, rawatan susulan juga memerlukan kos yang tinggi.

 

Tambahan pula, ayah adik Khayla (Adha Mirza) yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus keselamatan telahkehilangan mata pencarian akibat pandemik, manakala ibunyapula seorang suri rumah yang hanya mengharapkan hasiljualan biskut serta makanan,’’ jelasnya.

 

Bercakap kepada pemberita, Imran memberitahu bahawaanaknya mula dikesan menghidap penyakit tersebut semasaberusia lapan bulan dalam kandungan.

 

“Masa itu doktor maklumkan bahawa Khayla (Adha Mirza) tiada kaki dan minta saya bersedia untuk hadapi sebarangkemungkinan, tetapi rupa-rupanya kaki dia terlipat ke dada ketika dalam kandungan.

 

Tulang Khayla (Adha Mirza) sangat rapuh dan bolehdikatakan sejak lahir sehingga kini, lebih 40 kali beliaumengalami patah dan keretakan.

 

Hinggakan kami sendiri diajar oleh pihak hospital untukmengesan keretakan atau patah yang berlaku. Contohnya,sekiranya beliau melihat lipas dan tiba-tiba lipas itu terbangsehingga mengejutkannya, reaksi itu pun sudah mampu untukmematahkan tulangnya,” ujarnya yang menetap di Taman Brown, Gelugor.

 

Selain daripada menghadapi penyakit tersebut, Khayla AdhaMirza merupakan seorang kanak-kanak normal yang mampumenulis, melukis dan bercakap seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya.

 

Tahun ini Khayla (Adha Mirza) dijadualkan untuk menjalanirawatan kimoterapi bagi membuang lebihan kalsium yang diambil manakala rawatan khusus memang belum ada.

 

Khayla (Adha Mirza) memerlukan pemerhatian 24 jam memandangkan beliau sangat sensitif dan tambahan pula penyakit ini menjadikannya mudah berpeluh serta panas,” ulasnya lanjut.

 

 

Mendekati Khayla Adha Mirza, beliau tidak terkecualimeminati media sosial dan gemar memuat naik video di akaunTikTok dan Facebook miliknya selain menyimpan hasrat untukke sekolah.

  

Bagi yang berhasrat menghulurkan bantuan, boleh salurkansumbangan ke akaun Maybank ibunya di nombor157139798004 dan bagi maklumat lanjut boleh hubungi talian011-3712 7515.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI