Dr. Afif rai 200 penjawat awam, MPKK dan JPWK dalam Majlis Berbuka Puasa

Admin

SEBERANG JAYA – Lebih 200 penjawat awam, wakil agensi kerajaan, ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta anggota Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) menyertai Majlis Berbuka Puasa Bersama-sama Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin.

Ketika berucap, Dr. Afif merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan misi Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang yang masuk usia setahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi kerajaan yang berkaitan portfolio Exco saya, kerana telah banyak membantu usaha saya dan kawan-kawan dalam melaksanakan tanggungjawab kami selama ini, terutama sepanjang bulan Ramadan ini,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya di The Light Hotel dekat sini semalam (31 Mei 2019).

Dalam perkembangan lain, Dr. Afif turut menjemput seluruh warga penduduk Seberang Jaya dan Parlimen Permatang Pauh ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Apartment Permata dekat Bandar Perda pada Ahad, 16 Jun 2019 mulai jam 3:00 petang hingga 6:00 petang.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar: AHMAD ADIL MUHAMAD