DUN gantung Azhar kali kedua

Admin
ADUN Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah (tiga dari kanan) ceria ketika memperkatakan sesuatu kepada Ketua Menteri sambil diperhatikan barisan Exco.
ADUN Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah (tiga dari kanan) ceria ketika
memperkatakan sesuatu kepada Ketua Menteri sambil diperhatikan barisan Exco.

GEORGE TOWN – Majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang sekali lagi bersetuju dengan usul m e n g g a n t u n g
K e t u a Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim selama enam bulan kerana didakwa menghina kemuliaan dewan.

Kali pertama, Azhar digantung adalah pada 17 Ogos 2010 selepas membangkitkan sentimen 13 Mei di dewan semasa bertikam lidah dengan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Keputusan itu dicapai selepas Azhar yang juga ADUN Penaga enggan mengaku bahawa beliau ada menyebut, “verbatim itu bila-bila masa boleh dimanipulasi” pada sidang mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) lepas sehingga beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Guan Eng semasa membentangkan semula usul itu petang tadi berkata, beliau bersedia mencadangkan Azhar tidak digantung sekiranya segala kesalahan diakui serta-merta.

Namun, Azhar dalam reaksi spontan berkata, “Saya tidak akan tarik balik (kenyataan saya), tidak akan minta maaf. Titik.”

Terdahulu, Azhar mendakwa wujud verbatim atau catatan persidangan DUN yang dikaitkan dengan peranan Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain serta Juru Trengkas demi melindungi Guan Eng yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan.

Guan Eng yang juga ADUN Air Putih dituduh menyebut, “Sekiranya Barisan Nasional mengambilalih (Kerajaan Negeri Pulau Pinang), saya rasa mungkin semua kuil dirobohkan,” semasa berucap pada sidang dewan lepas.

Namun, verbatim (catitan persidangan) serta rakaman video asal yang didedahkan oleh Abdul Halim kemudiannya nyata membuktikan Guan Eng menyebut, “Kalau ini boleh berlaku sebelum pilihanraya, selepas pilihanraya (umum) ke-13, sekiranya UMNO kembali berkuasa, saya rasa semua kuil terancam.”

Kenyataan Guan Eng dipertikai semata-mata kerana Ketua Menteri itu membela hak penganut Hindu di Pulau Pinang ekoran tindakan pihak Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) didakwa meroboh kuil Hindu berusia 40 tahun di Perai Bulk Cargo Terminal (BCT) tanpa notis pemberitahuan terlebih dahulu.