Umum diseru amal inisiatif kompos

Admin
CHOW Kon Yeow (empat dari kiri) bersama Maimunah Mohd. Sharif (kanan sekali) membuang sisa makanan ke dalam tong khas pembuangan sisa organik sebagai simbolik Majlis Pelancaran Pemungutan Sisa Organik dan Alat Permainan Kanakkanak di sini baru-baru ini.

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI


SEBERANG JAYA – Pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) perlu membelanjakan hampir RM100 juta setiap tahun bagi mengurang dan menguruskan pembuangan sisa organik termasuk kos pemungutan sisa berkenaan.

Justeru, Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow menyeru supaya masyarakat tempatan mengamalkan pengkomposan dan inisiatif kitar semula supaya dapat membantu MPSP dan MPPP menjimatkan kos pengurusan sampah.

“Sekiranya masyarakat sedar faedah hasil pengurusan sisa organik ini, saya percaya kos perbelanjaan mengurus dapat dikurangkan sehingga 40 peratus setiap tahun,” katanya ketika melancarkan Majlis Pelancaran Pemungutan Sisa Organik dan Alat Permainan Kanak-kanak di sini baru-baru ini.

Pelancaran program yang mendapat kerjasama MPSP turut disokong syarikat kitar semula, Syarikat Shence GreenTech yang menyediakan tong-tong sampah bagi pembuangan sisa organik. Umumnya, sisa-sisa dapur seperti sayur-sayuran, kulit buah-buahan dan semua sisa basah boleh dikomposkan untuk dijadikan baja organik yang dapat membantu mengurangkan pembuangan sisa dapur ke tapak pelupusan.

Dalam pada itu, Yang diPertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif berkata, sekiranya kos pengurusan sisa dapat dikurangkan, MPSP dapat menggunakan wang tersebut untuk menyediakan kemudahan-kemudahan seperti taman permainan, taman rekreasi dan fasiliti di kawasan kediaman.

“Malah, hasil tersebut juga dapat digunakan untuk membaikpulih dan menaiktaraf jalanraya, longkang, sistem peparitan dan tandas awam di sini,’’ ujar beliau.

CHOW Kon Yeow (empat dari kiri) bersama Maimunah Mohd. Sharif (kanan sekali) membuang sisa makanan ke dalam tong khas pembuangan sisa organik sebagai simbolik Majlis Pelancaran Pemungutan Sisa Organik dan Alat Permainan Kanakkanak di sini baru-baru ini.
CHOW Kon Yeow (empat dari kiri) bersama Maimunah Mohd. Sharif (kanan sekali)
membuang sisa makanan ke dalam tong khas pembuangan sisa organik sebagai
simbolik Majlis Pelancaran Pemungutan Sisa Organik dan Alat Permainan Kanakkanak
di sini baru-baru ini.