Duta EU santuni Ketua Menteri

LAWATAN RASMI… DUTA Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia yang baru, Luc Vandebon mengadakan lawatan ke Pejabat Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di Komtar di sini baru-baru ini.

Pertemuan antara Ketua Menteri dan duta tersebut adalah untuk membincangkan potensi usahasama yang boleh dijalinkan antara negara-negara Eropah dengan Pulau Pinang.

Selainitu, mereka turut membincangkan isu perkembangan ekonomi dan pelaburan, kesenian dan kebudayaan, perkembangan teknologi sains dan juga potensi dalam lapangan botani.

Turut serta, Exco Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Lydia Ong Kok Fooi dan Pengurus Besar investPenang, Loo Lee Lian.

Luc Vandebon.
Luc Vandebon.