Edar 1,000 bubur lambuk, kongsi nikmat Ramadan

60fa1527 2ef1 4a0e 9cf5 ccf61e64c537

PULAU TIKUS – Sempena sambutan bulan Ramadan yang mulia, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menyertai Hospital Gleaneagles Pulau Pinang mengedar pek bubur lambuk kepada pelawat, pesakit serta barisan hadapan.

8772baa7 4c4c 425c a4f5 ec35c0f87a10
KETUA Menteri semasa mengedar bubur lambuk sebentar tadi.

Bercakap kepada Buletin Mutiara, beliau berkata bahawa penganjuran program berkaitan membawa mesej jelas dalam mengeratkan kebersamaan sebagai lambang perpaduan.

“Bulan Ramadan merupakan kesempatan dan kelaziman bagi seorang wakil rakyat mendampingi masyarakat, selain menyertai program mengedar bubur lambuk seperti ini, pejabat saya juga turut mengatur program majlis berbuka puasa ke setiap daerah bersama-sama umat Islam.

“(Dan) hendaklah kita keluar dari zon selesa bagi merasai keperluan serta kesusahan orang lain,” katanya sambil memuji inisiatif murni yang dilaksanakan oleh pihak Hospital Gleaneagles Pulau Pinang.

69bf1ee0 241e 4e3b 8d02 58a6db76c8a6
ANTARA yang turut memeriahkan sesi pengagihan pek bubur lambuk.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying; Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Ivan Loh dan Pengarah Perubatan Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Datuk Dr. Lai Yoon Kee.

Tambah Kon Yeow, program mengedar bubur lambuk merupakan tradisi tahunan yang dianjurkan oleh pihak hospital berkaitan sempena sambutan bulan Ramadan.

d9b70a4d 9efb 408b aac2 611dcd9c9e93

c41ad0c5 bd26 43ef b12f 73a710ffd2fb
KAKITANGAN Hospital Gleaneagles yang turut mengedar pek bubur lambuk secara pandu terus.

Difahamkan, sebanyak 1,000 pek bubur lambuk yang dimasak khas oleh beberapa barisan pegawai perubatan Hospital Gleaneagles Pulau Pinang diedarkan melalui program tersebut serta penghantaran secara terus ke beberapa pusat jagaan, rumah anak yatim dan surau berdekatan.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL

Gambar : SIEW CHIA EN

Video : SITI NURATIKAH RAHMAT