Edisi khas : Ancaman banjir diatasi

Admin

 

LAWATAN ke rumah pam di Sungai Rambai, Padang Lalang oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir, Law Choo Kiang (empat dari kanan) bersama wakil dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ahli Majlis MPSP dan KRT Taman Desa Damai bagi meninjau cadangan mengatasi masalah banjir di kawasan tersebut.
LAWATAN ke rumah pam di Sungai Rambai, Padang Lalang oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir, Law Choo Kiang (empat dari kanan) bersama wakil dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ahli Majlis MPSP dan KRT Taman Desa Damai bagi meninjau cadangan mengatasi masalah banjir di kawasan tersebut.

 

 

PEMBANGUNAN pesat dengan pelaksanaan pelbagai projek utama dalam sektor infrastruktur, industri, pertanian dan komersial mempunyai pro dan kontranya sama ada dari segi perkembangan ekonomi serta pembangunan sosial. Pulau Pinang tidak terlepas dalam arus pembangunan tersebut dan harus berdepan dengan masalah banjir sama ada secara semulajadi mahupun disebabkan oleh pembangunan sekitarnya.

Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan projek tebatan banjir bagi mengatasi masalah tersebut terutama di kawasan pulau.

LAW Choo Kiang (dua dari kiri) memberi penjelasan kepada para penduduk Kampung Kijang berhubung masalah perparitan yang menyebabkan kejadian banjir kilat di sini.
LAW Choo Kiang (dua dari kiri) memberi penjelasan kepada para penduduk Kampung Kijang berhubung masalah perparitan yang menyebabkan kejadian banjir kilat di sini.

Antara kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan berpotensi banjir ialah kawasan Balik Pulau dan Sungai Pinang. Kawasan tersebut merupakan kawasan yang sedang dibangunkan dan merupakan kawasan rendah yang berpotensi tinggi ditenggelami air. Oleh demikian, peruntukan yang besar diperlukan bagi menguruskan dan mengurangkan ancaman banjir di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, peruntukan bagi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB), pada dasarnya disediakan oleh Kerajaan Persekutuan. Namun, sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab dan berjiwa rakyat, sejumlah peruntukan telah disediakan bagi menangani masalah ini. Peruntukan tersebut meliputi projek RTB jangka panjang dan projek RTB jangka pendek dalam mengatasi masalah banjir.

Antaranya :-

  1. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Muda, Pakej 2, Jambatan Merdeka ke Muara Sungai, Seberang Perai Utara

  1. Rancangan Tebatan Banjir Bertam – Kepala Batas, Seberang Perai Utara

  1. Rancangan Tebatan Banjir Seberang Perai, Seberang Perai Tengah

  1. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Junjung Fasa 1B, Seberang Perai Tengah

  1. Rancangan Tebatan Banjir Valdor, Seberang Perai Selatan

  1. Menaiktaraf sistem saliran di Jalan Transfer, Daerah Timur Laut

  1. Menaiktaraf sistem saliran di Pekan Sungai Kecil, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan

  1. Membina rumah pam di perkampungan Jawi, Seberang Perai Selatan

  1. Membina rumah pam di kawasan ban Ladang Victoria, Seberang Perai Selatan

  1. Membina penyambungan parit di perkampungan Jawi, Seberang Perai Selatan

  1. Menaiktaraf sistem saliran di Parit Kem, Persimpangan Jalan Machang, Machang Bubuk/Bukit Teh, Seberang Perai Tengah

  1. Menaiktaraf parit di Jalan Seladang, kawasan Perindustrian Alma, Seberang Perai Tengah

  1. Projek Tebatan Banjir Sungai Rambai, Pakej 3, Taman Makok, Seberang Perai Tengah

  1. Kerja-kerja Tebatan Banjir di kawasan muara sungai Teluk Kumbar, Daerah Barat Daya

  1. Projek Tebatan Banjir di Taman Mangga, Seberang Perai Tengah

  1. Menaiktaraf sistem saliran di kawasan Kampung Sungai Nibong, Daerah Barat Daya

  1. Pembinaan pintu air dan rumah pam di parit D1, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan

Manakala bagi projek RTB Sungai Pinang Fasa 2 masih berada di peringkat awal dan ia melibatkan pengurusan penempatan semula penduduk sekitarnya. Permohonan peruntukan Projek RTB Sungai Pinang Fasa 2 telah pun dipohon di bawah Second Rolling Plan Rancangan Malaysia ke-10. Kerja-kerja pemagaran akan dilaksanakan sebaik sahaja penduduk mengosongkan premis/struktur mereka.

Sehubungan itu, projek-projek jangkamasa pendek yang dilaksanakan berdekatan dengan Sungai Pinang sementara menunggu Perlaksanaan Projek RTB Sungai Pinang Fasa 2 yang telah selesai adalah seperti berikut :-

  1. Kerja mendalam dan pemulihan Sungai Pinang melibatkan kos sejumlah RM407,000.00

  1. Kerja membina struktur hakisan tebing di cabang Sungai Pinang/Dhobi Ghaut berjumlah RM373,000.00

Pelaksanaan Projek RTB Sungai Pinang Fasa 2 akan dimulakan sebaik sahaja peruntukan diperoleh dan dijangka mengambil masa selama 30 bulan.

Manakala di kawasan Balik Pulau, langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah banjir ialah dengan memperdalamkan sungai dan muara yang cetek, menyelenggara sungai secara berjadual, menjalankan kerja-kerja memasang pam, membina ban, membina dan menaiktaraf sistem perparitan, memperkukuh dan menstabilkan tebing sungai serta memastikan semua permohonan pembangunan mematuhi MSMA (Manual Saliran Mesra Alam).

MSMA telah diperkenal pada tahun 2000 bagi menggantikan ‘Prosedur No.1 (1975) Perancangan dan Reka Bentuk’ dan ‘Anggaran Reka Bentuk Hujan’ dalam memastikan kelancaran pelaksanaan projek RTB ini.

Senarai projek-projek untuk mengatasi masalah banjir yang telah dijalankan di kawasan Balik Pulau adalah seperti berikut :-

1.

Kerja-kerja penyelenggaraan Sungai Nipah, Balik Pulau

=

RM19,550.00

2.

Mencuci dan membersih sistem pengairan Sungai Burong

=

RM19,856.77

3.

Kerja-kerja memperdalam dan memperbaiki parit di kawasan Air Putih

=

RM19,000.00

4.

Mencuci dan membersih sungai-sungai di Permatang Pasir

=

RM43,337.50

5.

Kerja-kerja mengorek dan memperbaiki muara Sungai Teluk Kumbar

=

RM75,000.00

6.

Kerja-kerja pembangunan zon pantai Kuala Jalan Baru (kawasan pertanian)

=

RM19,960.00

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri turut menyeru semua pihak untuk menggembleng sumber dan memberi keutamaan dalam pelaksanaan usaha mengatasi masalah banjir di Pulau Pinang.