Edisi khas : Sektor perikanan & pertanian terus diterokai

Admin

 

 

SEORANG nelayan sedang mengasingkan hasil tangkapan udang untuk dijual.
SEORANG nelayan sedang mengasingkan hasil tangkapan udang untuk dijual.

Berjiwa Rakyat sememangnya menjiwai dan mengambil berat masalah yang sering melanda para nelayan sekitar Sungai Muda. Malah, Kerajaan Negeri turut memperkenalkan program Rancangan Tebatan Banjir (RTB) khas di Sungai Muda bagi menyelesaikan masalah yang menghantui para nelayan tersebut.

Para nelayan di Sungai Muda berdepan dengan masalah muara sungai yang semakin cetek hasil mendapan dari aktiviti pendalaman sungai. Sebagai langkah mengatasinya, tindakan pengorekan muara Sungai Muda di bawah RTB Sungai Muda telah dirangka dan akan dilaksanakan mulai bulan Ogos 2011 setelah mendapat kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dari Jabatan Alam Sekitar. Kerja-kerja pengorekan ini perlu dilaksana secara berterusan bagi menjamin muara Sungai Muda tidak menjadi cetek semula.

 

LAW Choo Kiang (berkaca mata) menyampaikan cenderamata kepada salah seorang peserta program baru-baru ini.
LAW Choo Kiang (berkaca mata) menyampaikan cenderamata kepada salah seorang peserta program baru-baru ini.

Selain masalah muara sungai yang semakin cetek dan menyukarkan aktiviti memukat, masalah pencerobohan dan hal-hal lain berkaitan perikanan turut menjadi isu penting buat Kerajaan Negeri. Antara masalah yang dihadapi pencerobohan bot pukat tunda di perairan pantai, kawasan perairan tangkapan yang terhad rentetan muara yang semakin cetek dan kekurangan sumber ikan yang menjejaskan pendapatan nelayan.

Oleh demikian, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Negeri Pulau Pinang telah mengenalpasti langkah-langkah bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh para nelayan. Antaranya  memastikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai agensi tunggal penguatkuasaan maritim untuk mencegah pencerobohan zon oleh bot pukat tunda, mengadakan majlis penerangan dan majlis interaksi bersama nelayan dengan lebih kerap untuk memberi kesedaran tentang penjagaan sumber peikanan dan berbincang bagi mencari kaedah bersama menyelesaikan masalah nelayan.

Di samping itu,      Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang telah membina pusat pemantauan di kawasan-kawasan strategik untuk mencegah pencerobohan zon oleh bot-bot pukat tunda dan membina tukun tiruan dasar lembut untuk menjaga dan membiakkan sumber perikanan serta pelbagai penghalang pencerobohan pukat tunda. Sehingga kini, sebanyak 52 unit tukun dasar lembut telah dilabuhkan di perairan negeri Pulau Pinang dengan kos sebanyak RM800,000. Berdasarkan bancian yang dibuat, pendapatan nelayan pantai didapati telah meningkat tiga kali ganda berbanding sebelum tukun dilabuhkan.

Selain itu,   Kerajaan Negeri turut menggalakkan para nelayan dan anggota keluarga melibatkan diri dalam aktiviti sampingan sebagai program menambah pendapatan seperti     mengusahakan bot membawa pemancing dan     menghasilkan produk berasaskan ikan dan hasil laut seperti ikan kering, keropok, bebola ikan dan sebagainya.

Segala inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah para nelayan membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri dan dasar-dasar yang diamalkan oleh Kerajaan Berjiwa Rakyat, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Pulau Pinang.