eJKKK berteras ICT dilancar

Admin
MANSOR Othman.
MANSOR Othman.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PERMATANG PAUH –Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman baru-baru ini melancarkan sistem ‘eJKKK’ atau sistem info pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti ( J K K K ) berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Bertemakan, ‘JKKK Pulau Pinang Perintis Komuniti Berteknologi’, beliau berkata, sistem tersebut mampu melonjak imej Kerajaan Negeri selari dengan status Pulau Pinang yang dikenali sebagai negeri bertaraf antarabangsa serta mesra teknologi tinggi.

“Dengan adanya sistem ini, JKKK Pulau Pinang telah selangkah ke depan  m e n y u s u r i  a r u s  modenisasi,” ujar beliau di Seberang Jaya, di sini.

Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy, Law Choo Kiang (Exco Pertanian & Industri Asas Tani , Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir), Lydia Ong Kok Fooi (Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti), Maktar Shapee (Ahli Dewan Undangan Negeri/ADUN Sungai Bakap), Ong Chin Wen (ADUN Bukit Tengah) dan Tan Cheong Heng
(ADUN Padang Lalang) turut hadir pada majlis perasmian tersebut.

Berucap di depan lebih 800 kepemimpinan JKKK sekitar Seberang Perai, Mansor berkata, sistem tersebut diharap mampu melancarkan lagi interaksi dua hala antara JKKK dan warga setempat.

Pengenalan eJKKK itu sekaligus mencipta sejarah tersendiri bagi JKKK di negeri berkenaan.