KWI Ltd. sasar untung RM700 juta

Admin

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

GEORGE TOWN –Syarikat rawatan air, Kurita Water Industries Limited (KWI Ltd.) yang berpengkalan di Tokyo dan memilih Pulau
Pinang sebagai lokasi pembukaan cawangan ketiga dalam negara menyasarkan kadar keuntungan berjumlah RM700 juta dalam tempoh masa dua tahun pengoperasian di sini.

Pengurus Besar KWI Ltd. Malaysia, Jun Omi berkata demikian berdasarkan status negeri yang memainkan peranan penting dalam pembangunan industri di samping memiliki zon perindustrian besar dan sektor understorey yang berkembang pesat.

Tiga cawangan lain KWI Ltd. di dalam negara adalah Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kuala Terengganu.

Dengan pembukaan cawangan tersebut, KWI Ltd. bakal berperanan merawat air sama ada untuk kegunaan industri mahupun sisa cecair yang tercemar sebelum disalirkan ke dalam saliran sungai, longkang atau digunakan semula.

Dalam pada itu , Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pada ucaptama Majlis Perasmian Pembukaan KWI Ltd. baru-baru ini menya takan bahawa keputusan tepat syarikat terbabit memilih Pulau Pinang adalah berdasarkan prestasi negeri yang mencapai kadar pelaburan terbaik dengan RM12.2 billion pada 2010 dan RM9.1 billion (2011).

“Pembukaan KWI Ltd. tepat pada waktunya berdasarkan keadaan ekonomi dan pelaburan semasa.

“Saya juga percaya, usaha ini akan mengeratkan hubungan antara Pulau Pinang dan Jepun bukan sahaja dalam urusniaga, tetapi juga ‘persahabatan’,” ujarnya.

opening-kuritawater1 JUN Omi.