Empat pasukan terima jersi bolasepak MPSP

SEGAK BERGAYA . . . Bagi menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan generasi muda melalui aktiviti sukan dan riadah, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) melalui ahli majlisnya telah menyumbangkan jersi bolasepak kepada empat pasukan di sini baru-baru ini.

Pasukan-pasukan terbabit adalah membabitkan ketiga-tiga daerah di Seberang Perai manakala sebuah lagi adalah Persatuan Kebajikan Sukan dan Sosial (PESUKA) MPSP.

Majlis penyampaian yang disempurnakan Setiausaha Perbandaran MPSP, Sr. Rozali Mohamud berlangsung sebelum bermulanya pertandingan persahabatan antara pasukan-pasukan berkenaan.

Ahli majlis, Ahmad Farid Md Arshad berkata, selain mengamalkan gaya hidup sihat, para pemain yang menyarung jersi berkenaan turut berfungsi sebagai duta MPSP.

“Setiap yang menyarung jersi ini harus mempunyai sikap bertanggungjawab memelihara alam sekitar dan mengamalkan budaya bersih,’’ katanya pada Majlis Penyerahan Jersi Bolasepak di sini baru-baru ini.

SALAH sebuah pasukan bergambar kenangan selepas menerima jersi masingmasing pada Majlis Penyerahan Jersi Bolasepak di sini baru-baru ini.
SALAH sebuah pasukan bergambar kenangan selepas menerima jersi masingmasing
pada Majlis Penyerahan Jersi Bolasepak di sini baru-baru ini.