Tahniah Nicol

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri merakamkan ucapan tahniah kepada Ratu Skuasy Negara, Datuk Nicol Ann David ekoran kejayaan menjulang gelaran juara dunia buat kali ke-tujuh setelah menewaskan p emain pilihan ketiga, Laura Massaro dengan 11- 6, 11-8 dan 11-6 baru-baru ini.

Ucapan tersebut d inyatakan Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng melalui kenyataan medianya di sini baru-baru ini.

Katanya, pencapaian tersebut sungguh menakjubkan kerana ia tidak pernah dicapai mana-mana rakyat Malaysia sebelum ini dan ia telah memberi inspirasi kepada wanita-wanita muda negara.

“Bagi pihak 1.6 juta rakyat Pulau Pinang, Kerajaan Negeri mengucapkan tahniah di atas disiplin, ketahanan dan semangat juang beliau yang telah menjadikannya pemain skuasy wanita terhebat,’’ katanya di sini.

Tambah Guan Eng, kejayaan beliau merupakan hadiah terbaik kepada negeri Pulau Pinang.

“Bag i meraikan kejayaan tersebut, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bakal menganugerahkannya ganjaran bernilai RM100,000.

“Ia akan disumbangkan apabila beliau (Nicol) pulang ke sini nanti,’’ ujarnya.

GAMBAR hiasan mempamerkan aksi Nicol Ann David.
GAMBAR hiasan mempamerkan aksi Nicol Ann David.