Enggan mohon maaf – Utusan dilarang masuk DUN

GEORGE TOWN – Ekoran keengganan akhbar Bahasa Malaysia, Utusan Malaysia yang enggan memohon maaf di atas fitnah disiarkan pada persidangan Dewan Undang Negeri (DUN) yang lalu, pihak terbabit dilarang memasuki perkarangan DUN bagi membuat liputan pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Keempat DUN Pulau Pinang yang ke-12 di sini baru-baru ini.

Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain berkata, Utusan Malaysia dilarang membuat liputan persidangan di dalam perkarangan dewan, namun, sebarang maklumat yang hendak mereka (Utusan Malaysia) laporkan, boleh diambil secara langsung melalui online.

“Ini dewan perjuangan, apabila mereka membuat fitnah, maka mereka telah menghina dewan, ini adalah satu kesalahan besar,” ujar beliau ketika sidang dewan ditangguhkan seketika di sini baru-baru ini.

Utusan Malaysia sebelum ini menfitnah Kerajaan Negeri berkaitan pengubahsuaian rumah Ketua Menteri yang mencecah RM1.5 juta.