ESCAPE mesra alam

GEORGE TOWN – Taman Tema ESCAPE bakal menjadi destinasi pelancongan terbaru bagi Pulau Pinang. Terletak berhampiran empangan Teluk Bahang, taman tema tersebut bukan sahaja menawarkan ‘world-class leisure destination’, malah, bakal menjadi destinasi pelancongan mesra alam sekitar yang masih mengekalkan kehijauan floranya.

Menurut Pengarah Urusan Sim Leisure, Sim Choo Kheng, taman tema tersebut mempunyai lima fasa dan fasa pertama akan mengambil masa lebih kurang 18 bulan termasuk pembinaan hotel dan taman tema air. Bagi fasa berikutnya lebih banyak hotel, taman aktiviti riadah, taman haiwan dan taman pengembaraan flora fauna akan dibina secara berperingkat-peringkat.

“Projek taman tema ini bakal menjadi projek prototaip. Tidak memberi kesan terhadap alam sekitar dan kita akan menggunakan sumber alam dan bahanbahan kitar semula yang berkualiti untuk mewujudkan suasana alam semulajadi yang sebenar,” ujar Choo Kheng pada majlis sidang akhbar bersama Ketua Menteri di sini baru- baru ini.

Dalam pada itu, Choo Kheng turut mengulas berhubung isu yang dibangkitkan oleh Malaysian Nature Society (MNS) Penang dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) berhubung kesan pengimplementasian projek berkenaan.

Katanya, pembinaan taman tema tersebut telah mengambil kira beberapa elemen dan ketelitian yang tinggi, di mana tiada pokok atau kawasan hutan akan ditebang dan diratakan.

Beliau turut menyatakan bahawa tapak taman tema ini bukanlah dibina di kawasan hutan hujan malar. Sebaliknya pihak beliau mengutilitikan kawasan tamanan pokok getah yang terabai sejak 1990-an lagi. ESCAPE juga bukan terletak di bawah kawasan empangan mahupun kawasan tadahan air atau di kawasan Taman Negara, sebaliknya ia terletak bertentangan dengan kawasan Taman Rama-rama Pulau Pinang.

Dalam sidang media yang diadakan di Komtar baru-baru ini, Choo Kheng turut menegaskan bahawa pembinaan taman tema ESCAPE tidak tertakluk di bawah ‘Environmental Impact Assessment’ (EIA) kerana pembinaannya tidak terletak di kawasan ‘Environmentally Sensitive Area’ (ESA) dan ia merupakan pembinaan yang terkawal.

SIM Choo Kheng memberi taklimat ringkas tentang p e m b i n a a n Taman Tema ESCAPE pada majlis sidang akhbar di Komtar di sini baru-baru ini.
SIM Choo Kheng memberi taklimat ringkas tentang
p e m b i n a a n Taman Tema ESCAPE pada majlis sidang akhbar di Komtar di sini baru-baru ini.