Exco edar kurma sambil santuni pesakit di hospital dan klinik kesihatan awam

Admin
DR. Afif Bahardin (kanan sekali) menyantuni salah seorang yang mendapatkan rawatan di Klinik kesihatan Seberang Jaya pagi ini.

SEBERANG JAYA – Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin  meneruskan program mengedar kurma sambil menyantuni pesakit di hospital dan klinik-klinik kesihatan awam sempena bulan Ramadan.

Afif berkata, melalui program tersebut pihaknya mengedar kira-kira 500 bungkus kurma di Klinik kesihatan Seberang Jaya, Hospital Bukit Mertajam, Hospital Sungai Bakap dan Hospital Kepala Batas.

“Ini memang kita buat sebagai program tahunan kalau tidak silap saya sejak tahun 2013 iaitu semenjak saya mendapat mandat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya,” ujarnya ringkas  kepada Buletin Mutiara, sebentar tadi.

Difahamkan, bagi program di Hospital Kepala Batas, pengedaran kurma disempurnakan oleh ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq manakala di Hospital di Sungai Bakap pula diwakili Dr. Amar Pritpal Abdullah selaku ADUN Sungai Bakap.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD