Flat Kg. Melayu berwajah baru

Oleh: MOHD. HAFIZ TAJUDIN

AIR ITAM – Berubah! Atas inisiatif khas Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR), Flat Kampung Melayu di sini kembali ceria dengan imej baru.

Selain kerja-kerja pengecatan semula membabitkan blok A dan blok B, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan RM1,479,109 juta bagi menaiktaraf kawasan perumahan itu sepanjang tahun ini.

Exco Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian, Wong Hon Wai berkata, kos penambahbaikan flat itu adalah melibatkan lima komponen termasuk kedua-dua blok A dan blok B.

“Kerja-kerja penambahbaikan antaranya membabitkan penaiktarafan dua bilik sampah dan laluannya sepanjang 10 meter dengan kos RM18,829; menaiktaraf longkang apron sepanjang 50 meter (RM39,990); menaiktaraf lobi lif di blok A dan blok B serta penukaran peti surat (RM111,290); penggantian tiga unit lif baru di blok A (RM592,000) dan penggantian lif baru di blok B (RM717,000),” katanya pada Majlis Penyerahan Siap Kerja Pengecatan Semula Flat Kampung Melayu di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Hon Wai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam turut mengumumkan kos pengecatan semula Flat Kampung Melayu bagi blok A dan blok B.

“Pengecatan semula blok B Oktober tahun lalu menelan kos RM275,000 dan blok A yang siap baru-baru ini adalah sebanyak RM259,525 menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM534,525.

“Bagi kerja-kerja pengecatan semula itu, Kerajaan Negeri menampung 80 peratus kos, manakala 20 peratus lagi merupakan tajaan beberapa syarikat swasta melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak-pihak berkenaan,” jelas beliau.

WONG Hon Wai (empat dari kanan) bersama sebahagian penduduk menunjukkan tanda b a g u s s amb i l berlatarbelakangkan Flat Kampung Melayu yang telah siap dicat semula.
WONG Hon Wai (empat dari kanan) bersama
sebahagian penduduk
menunjukkan tanda
b a g u s s amb i l
berlatarbelakangkan
Flat Kampung Melayu
yang telah siap dicat
semula.