Gabungan Kerajaan Perpaduan perlu ketepi segala ‘halangan’ demi kemenangan PRN – Kon Yeow

Admin

GEORGE TOWN- Ketua Menteri ‘Caretaker’, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menegaskan gabungan parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu mengepikan segala halangan sekiranya mahu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

 


Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penarikan diri dua parti komponen MCA dan MIC yang mengumumkan untuk tidak bertanding pada PRN enam negeri pada 12 Ogos ini.

 

 

“Memandangkan rundingan kerusi berlandaskan beberapa prinsip dan mereka (MIC dan MCA) ada menyatakan hasrat untuk bertanding, (namun) saya tidak terima sebarang keputusan muktamad.

 

 

“(Dan) kedua-dua parti pun telah mengumumkan hasrat mereka walaupun tidak bertanding, tetapi masih menyuarakan kesungguhan untuk sama-sama dalam kempen bagi memastikan kemenangan Kerajaan Perpaduan pada PRN di negeri-negeri berkenaan.

 

 

“Keputusan untuk bekerjasama di bawah payung Kerajaan Perpaduan ini perlu dihayati oleh semua dan diterima oleh ahli-ahli gabungan, jadi isu undi-undi boleh dipindah yang sering menjadi pertimbangan kepada semua ahli, adakah kita mahu gabunggan ‘perpaduan’ kali ini menang? Kalau ‘ya’ apa-apa yang menjadi halangan adalah perlu diketepikan bagi mencapai kemenangan dalam PRN nanti,” ujarnya pada sidang media dekat Galeri Haji Lebuh Acheh di sini pagi tadi.

 

 

Ditanya mengenai Manifesto PRN, Kon Yeow yang merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota memberi gambaran ia berlandaskan Visi Penang2023.

 

 

“Kita masih ada masa kira-kira tiga minggu untuk perincikan dan sememangnya Visi Penang20230 menjadi asas.

 

 

“Sememangnya (Penang2030) menjadi agenda utama kita lima tahun pertama dan akan diteruskan sekiranya satu mandat lagi dapat diperbaharui.

 

 

“Tetapi manifesto mungkin tidak dapat menggariskan semua dalam Penang2030, mungkin prestasi yang kita capai akan jadi pendahuluan kepada manifesto itu, manakala isi kandungan khusus kepda isu-isu yang ingin kita lakukan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan.

 

 

Kon Yeow menjangkakan manifesto lengkap akan diumumkan sekurang-kurangnya sebelum hari penamaan calon kelak.