Gagal terima status hak milik strata 30 tahun, KN dahulu tidak serius selesai masalah rakyat – Exco

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD

SERI DELIMA – Sebanyak 595 pemilik unit di tiga projek perumahan awam negeri Pulau Pinang menarik nafas lega apabila menerima hak milik strata masing-masing setelah lebih 30 tahun mendiaminya.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo ketika mengumumkan perkar a tersebut berkata, tiga projek perumahan awam tersebut adalah Rumah Pangsa Batu Lancang, Batu Lancang merangkumi 316 unit, Taman Tun Sardon Fasa III (140) dan Rumah Peralihan Taman Tun Sardon, dekat Seri Delima (139)

“Ketiga-tiga skim projek perumahan awam ini merupakan sebahagian daripada 41 (skim) merangkumi (10,406 unit) telah memiliki hak milik strata, dan terdapat lima (skim) lagi masih dalam proses permohonan iaitu dengan jumlah 2,395 unit.

“Lima skim yang masih dalam proses adalah Taman Free School (655 unit), Taman Tun Sardon Fasa I (200 unit), Taman Tun Sardon Fasa II (920 unit), Rumah Pangsa Mak Mandin 1 (400 unit) dan Rumah Pangsa Mak Mandin Lama (220),” ujarnya ketika mengedarkan risalah ucapan tahniah kepada penduduk di Taman Tun Sardon Fasa III dan Rumah Peralihan Taman Tun Sardon ekoran penerimaan hak milik strata masing-masing di sini baru-baru ini.

Turut sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N. Rayer dan beberapa wakil Pejabat Per uma h an d an waki l penduduk.

Selaras dengan pendirian Kerajaan Negeri, Jagdeep menyatakan bahawa pihaknya memberikan keutamaan untuk memproses hak milik strata terutama bagi projek perumahan awam di negeri ini.

“Saya terkejut apabila mendapati ada antara unit-unit perumahan awam di negeri ini yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri masih belum menerima status hak milik strata, walaupun telah mencecah lebih 30 tahun.

“ Perkara tersebut jelas membuktikan bahawa kerajaan BN (Barisan Nasional) terdahulu gagal dan tidak serius menyelesaikan masalah rakyat, terutama dalam pemilikan hak milik strata yang menjadi bukti pemilikan kepada pemilik unit.

“Oleh demikian, Kerajaan Negeri yang ada hari ini, perlu menjadi teladan, walk the talk dan memastikan tindakan diambil untuk setiap keputusan yang dibuat atau practice what it preaches,” jelasnya.

Sebagai rekod, sehingga 30 November 2016, daripada sejumlah 1,871 projek membabitkan 243,938 unit, 59 skim masih dalam permohonan, belum membuat permohonan hak milik strata (59), manakala masih dikemas kini rekodnya (3).