Gelanggang bola keranjang berbumbung Taman Tangling manfaat terbanyak kepada muda-mudi

BUKIT TAMBUN – Projek pemajuan gelanggang bola keranjang berbumbung yang sedang dilaksanakan di Taman Tangling di sini menelan belanja RM226,000, daripada peruntukan Ketua Menteri.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap projek tersebut akan memberi manfat terbanyak kepada komuniti setempat, khususnya muda-mudi.

Tambahnya, pentadbirannya sehingga tahun 2016 direkodkan membelanjakan kira-kira RM3.077 bilion untuk projek-projek pembangunan di Pulau Pinang.

Sebelum itu, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Law Choo Kiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun melahirkan penghargaan ekoran peruntukan khas berkaitan bagi projek pemajuan gelanggang bola keranjang  berbumbung tersebut.

Turut berucap, Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng.