Gunting rambut percuma kurang beban ibu bapa

Gambar : MOHD. TUAH ISMAIL

PULAU BETONG – Kira-kira 60 murid sekolah rendah sekitar Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pulau Betong mengambil bahagian dalam penganjuran Program Gunting Rambut Percuma di sini baru-baru ini.

Pegawai Penyelaras KADUN Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail berkata, program selama empat jam itu dijayakan dengan kerjasama tiga tukang gunting rambut.

“Program ini bertujuan memberi khidmat gunting rambut percuma kepada murid – murid sekolah , terutamanya mereka yang datang dari keluarga kurang berkemampuan.

“Kita memahami beban yang dipikul oleh ibu bapa terutama menjelang sesi persekolahan.

“ Kos menggunting rambut sahaja mencecah RM5 hingga RM8, jadi dengan program seumpama ini , diharapkan dapat menampung sedikitsebanyak kos persediaan persekolahan ibubapa yang mempunyai ramai anak,” katanya ketika ditemui pada Program Gunting Rambut Percuma di sini baru-baru ini.