Gunting rambut percuma untuk penduduk DUN Air Itam

SETIAP TIGA BULAN SEKALI… Kira-kira 100 penduduk Desa Mawar dan kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Itam menikmati khidmat gunting rambut secara percuma baru-baru ini.

Penganjuran kali kedua yang memperoleh sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat adalah hasil inisiatif Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Thean Teik dan kedai pendandan rambut, Hair Story.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai berkata, seramai 35 tukang gunting rambut profesional dibawa bagi menjayakan program amal tersebut.

“Program ini dijalankan setiap tiga bulan sekali secara percuma.

“Penganjuran kali ini bukan sahaja menerima penyertaan memberangsangkan, malah buat julung kalinya turut memperoleh sambutan daripada golongan wanita berbangsa Melayu.

“Bagi menjaga privasi (wanita berbangsa Melayu), pihak penganjur menyediakan satu ruang ditutup dengan kain khas untuk kemudahan mereka,” jelasnya.