Lebih 500 asnaf terima pelbagai bantuan menjelang Aidilfitri

SEMPENA sambutan Hari Raya Aidilfitri yang kian terasa, Pertubuhan Liga Muslim Pulau Pinang bersama ahli-ahli gabungan mengambil kesempatan menyampaikan pelbagai bantuan kepada lebih 500 orang golongan asnaf sekitar George Town baru-baru ini.

 

Majlis Penyerahan Bantuan Hari Raya Liga Muslim Pulau Pinang Yang ke-33 kali ini turut mendapat sumbangan tunai daripada Yang Dipertua Negeri (T.Y.T) Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

 

Menurut Timbalan Presiden Liga Muslim Pulau Pinang, Dato’ Dr. Shahul Hamid Syed Mohamed pelbagai sumbangan kebajikan dikumpul melalui pelbagai pihak untuk disumbangkan kepada golongan yang memerlukan.

 

Majlis dan sumbangan sama akan diteruskan dalam masa terdekat bagi kawasan Seberang Perai.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI