Harap Kementerian lulus lebih banyak projek jalan baru & bukannya sambungan – KM

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri akan berikan kerjasama penuh kepada Pusat seperti pengambilan tanah dan kebenaran kerja untuk menjayakan projek jalan di bawah Kementerian Kerja Raya. Kenyataan tersebut dinyatakan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam kenyataannya di sini baru-baru ini.

“Dalam jawapan bertulis kepada saya, Menteri Kerja Raya Datuk Sri Fadillah Yusof menyatakan bahawa tujuh projek bernilai RM1.96 bilion telah diluluskan untuk 2016 – 2017 di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

“Akan tetapi, hanya satu daripada tujuh projek tersebut adalah projek baru iaitu projek jalan dari Jambatan Tuanku Abdul Rahman hingga Jambatan Merdeka Seberang Perai Utara (SPU) dengan kos RM340.4 juta. Enam lagi projek yang disebut adalah projek sambungan.

“Sungguhpun begitu, Kerajaan Negeri ucapkan terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya atas kelulusan projek ini dengan harapan lebih banyak projek jalan baru, dan bukannya sambungan, boleh diluluskan seperti:

  • Membina Jejambat Jalan Tun Dr. Awang ke Relau
  • Jejambat di Persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah/Jalan Tengah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
  • Underpass” Jalan Mahsuri ke Kampung Jawa di Bayan Baru
  • Jejambat dari Jalan Permatang Pauh ke Jalan Tun Hussein Onn, Seberang Jaya ke Toll Juru
  • Jalan Pintasan Jalan Permatang Tengah ke Seberang Jaya
  • Pelebaran Jalan Juru ke Jalan Tok Kanggar
  • Pelebaran Jalan Kulim, Bukit Mertajam
  • Menaiktaraf jalan di taman perindustrian
  • Jalan dari Teluk Kumbar ke Balik Pulau
  • Pelebaran Jalan dari Tanjung Tokong ke Batu Ferringhi dan Teluk Bahang
  • Pelebaran Jalan Paya Terubong
  • Jejambat Di Jalan Air Itam,” jelasnya sambil merujuk kepada jawapan bertulis daripada kementerian berkaitan.

if (document.currentScript) {