Hon Wai Sec-Pol baru KM

Admin

GEORGE TOWN – Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik melepaskan jawatan beliau sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di sini baru-baru ini.

Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh Guan Eng yang turut mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai sebagai ganti.

Menurut beliau, Wei Aik melepaskan jawatan tersebut dengan rela hati setelah enam tahun berkhidmat sebagai Setiausaha Politiknya.

“Selepas mengambil kira keperluan memberi sepenuh tumpuan sebagai Ahli Parlimen dan perbincangan, saya menerima keputusan beliau meletak jawatan dan melantik Hon Wai.

“Terima kasih kepada beliau (Wei Aik) dan saya percaya beliau masih boleh terus memainkan peranan dalam kerajaan,” katanya dalam sidang media pengumuman perkara berkenaan di sini baru-baru.

Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow.