Idola Hijau bimbing anak muda pentingnya alam sekitar

Oleh : WATAWA NATA F ZULKIFLI

Gambar : SHUM JIAN-WEI

GEORGE TOWN – Seramai 29 pelajar berjaya memasuki peringkat separuh akhir pertandingan pengucapan awam, Idola Hijau anjuran syarikat berkaitan kerajaan negeri, Penang Green Council (PGC) di sini baru-baru ini.

Pengurus Besar PGC, Thing Siew Shuen berkata, matlamat penganjuran program tersebut adalah untuk membimbing anak – anak muda menjadi pemimpin masa depan yang bijak, berdaya saing bukan sahaja untuk rakyat, tetapi juga untuk alam sekitar .

“Juara bagi setiap kategori akan dinobatkan sebagai Idola Hijau Pulau Pinang serta perlu melibatkan diri dalam semua projek yang dijalankan PGC selama setahun.

“Peringkat separuh akhir pertandingan akan diadakan di pusat membeli-belah Straits Quay Retail Marina pada penganjuran program ‘Think Green, Go Green’ sempena sambutan Hari Bumi 2015.

“Kemudian, lima peserta bagi setiap kategori akan terpilih untuk berentap di peringkat akhir yang bakal diadakan di pusat membeli-belah 1st Avenue sempena penganjuran Karnival Hijau Pulau Pinang 2015 kelak,’’ katanya di sini baru-baru ini.

Idola Hijau mempertandingkan tiga kategori iaitu Kategori A bagi pelajar sembilan hingga 12 tahun, Kategori B (15 hingga 17 tahun) dan Kategori C (18 hingga 25 tahun).

if (document.currentScript) {