Infineon Pulau Pinang jalin kerjasama dengan universiti tempatan dapatkan sumber tenaga mahir

3558dec2 f877 4949 bc23 461959146e76

 

BAYAN LEPAS – Syarikat semikonduktor global, Infineon Technologies (Penang) Sdn. Bhd. menjalinkan kerjasama dengan beberapa universiti tempatan bagi mendapatkan sumber tenaga mahir.

 

 

Pengarah Urusan Infineon Technologies (Penang) Sdn. Bhd., Gark Chee Jin berkata langkah tersebut adalah salah satu daripada inisiatif dalam menyesaikan isu kesukaran untuk mendapatkan tenaga kerja mahir di negeri ini.

 

“Antara universiti yang terlibat bagi menjayakan misi ini adalah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

 

 

“Kami turut menjalinkan hubungan Business to Government (B2G) bersama Kedutaan Besar Malaysia di Seoul, Korea Selatan dalam usaha mempelawa pelajar Malaysia di sana untuk pulang berkhidmat di negara ini bersama Infineon Penang menerusi beberapa pakej yang disediakan.

 

 

“Pihak syarikat juga menyokong program transformasi ekonomi Malaysia dengan membantu membangunkan ekosistem elektrik dan elektronik (E&E) dan pengembangan bakat tempatan,” katanya ketika berucap sempena program lawatan Timbalan Ketua Menteri II, Jagdeep Singh Deo ke kilang berkenaan dekat Zon Perindustrian Bebas, di sini pagi tadi.

 

 

Turut hadir, Pengarah Kanan Pengurusan Logistik Pelanggan, MC Lim; Pengarah Kanan, Pengurusan Logistik, Tan Chuen Mey; Pengarah dan Ketua CMOP & Automotif Pulau Pinang
Operasi dan Perancangan Pengurusan, Goh Eong Swan; Pengarah, Analisis Elektrik, Pengurusan Kualiti & Kejuruteraan Sistem, KH Tam; Pengarah Perolehan Perolehan & Perkhidmatan, Tan Raymond serta Pengarah Fasiliti dan Infrastuktur APAC, Lim Joo Lim.

 

 

Ekoran permintaan pasaran yang semakin meningkat sejak beberapa tahun ini, Infineon Penang telah berkembang secara progresif dalam memberikan perkhidmatan sokongan perniagaan global yang terulung bagi Infineon Technologies Global termasuk perkhidmatan kewangan, kejuruteraan reka bentuk, rantaian bekalan korporat, kejuruteraan kebolehpercayaan, inovasil dan lain-lain.

 

 

Bagi memastikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, Infineon Penang juga telah mengaji lebih daripada 500 orang tenaga mahir tempatan.

 

 

Dalam pada itu, Jagdeep memuji Infineon Penang atas usaha menjalinkan hubungan bersama kerajaan menerusi Kedutaan Malaysia sebagai langkah mendapatkan tenaga mahir tempatan di luar negara untuk kembali memberikan perkhidmatan di negara ini.

 

1696d7f9 89a8 4726 9a13 da71b09e33d9

“Ini adalah sesuatu yang wajar dicontohi syarikat-syarikat di Pulau Pinang dalam meminimumkan impak kekurangan tenaga kerja.

“Hampir 60 peratus eksport negara telah dibentuk dan lebih lima peratus daripada jualan semikonduktor global telah dikuasai meskipun Pulau Pinang merupakan negeri kedua terkecil di Malaysia.

 

“Justeru, saya berharap Infineon Penang dapat mengekalkan prestasinya agar Pulau Pinang dapat mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam industri semikonduktor global,” katanya.

Teks & Gambar: NUR SYAKIRAH MOHD. BASRI