Ketua Menteri puji CSR Hompton anjur iftar rai kanak-kanak FOCCON, huffaz

Admin
228b522b dd59 4444 a9df c7d6077c3feb KETUA Menteri (dua dari kanan) dengan diiringi Suffian Phoong (kanan sekali) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang kanak-kanak berkenaan dalam majlis berbuka puasa (iftar) CSR berkaitan di hotel Hompton by The Beach Penang, Tanjung Bunga pada 12 Mac 2024.

TANJUNG BUNGA – Sempena Ramadan, Hompton by The Beach Penang meraikan sekalian waris kepada kanak-kanak yang mengidap penyakit barah dari Persatuan Sahabat Kanak-Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN) dan hufaz Ma’had Tahfiz Al-Quran Kasyful Al-Ulum dalam majlis berbuka puasa (iftar) di sini.

313d719f 4eae 478e a977 f714bdc3aaa6
KETUA Menteri

Semasa berucap, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat di sebalik penganjuran program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tersebut.

“Saya, bagi pihak isteri (Puan Tan Lean Kee), juga ingin mengambil kesempatan untuk mengirimkan salam kepada adik-adik serta sekalian wakil FOCCAN, George Town dan Ma’had Tahfiz Al-Quran Kasyful Al-Ulum.

“Kita, diingatkan bahawa setiap syarikat atau agensi perbadanan mempunyai CSR kepada masyarakat secara umumnya, (kerana) walaupun kita syarikat perniagaan atau agensi perniagaan ataupun NGO (pertubuhan bukan kerajaan), Ramadan adalah bulan suci yang mana semua kita boleh saling merenung, menabur bakti dan keprihatinan kepada masyarakat,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan.

Berucap sebelum itu, Pengurus Besar Hompton by The Beach Penang, Suffian Phoong memuji pentadbiran Kon Yeow kerana gigih melaksanakan program-program kebajikan rakyat di negeri Pulau Pinang.

Selari dengan dasar kebajikan yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri hari ini, beliau berharap majlis amal berbuka puasa, Kasih Ramadan yang dianjurkan dengan melibatkan pelbagai pihak di sini menjadi antara rekod CSR peringkat hotel untuk golongan terpilih berkenaan.

Selain Lean Kee, hadir sama, Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Lau Keng Ee; Penghulu Pejabat Tanah Daerah dan Tanah Timur Laut, Nasrizal Nasib dan Pegawai Seranta Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Tanjung Bunga, Ali Akbar.

Serentak pada majlis sama, Kon Yeow diiringi isteri serta Suffian turut menyampaikan sumbangan wang saguhati kepada sekalian kanak-kanak yang menjadi tetamu utama majlis amal berbuka puasa CSR tersebut tadi.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI