BERUSIA 136 tahun bukan halangan untuk terus memimpinarus permodenan sektor kesihatan.
Hospital Bukit Mertajam (HBM) sekali lagi membuktikan persekitaran fizikal sedia ada bukanlah kekangan untuk melahirkan daya cipta bertaraf dunia di peringkat kebangsaan.
Terbaharu, inovasi Digitalization In Disaster (DIGID) hasil cetusan fikiran Kumpulan Inovasi Jabatan Kecemasan danTrauma HBM dinobatkan sebagai Johan Kategori Proses dalamAnugerah Inovasi Kementerian Kesihatan Malaysia (AIKKM 2026) yang berlangsung di Institut Kesihatan Negara (NIH), Setia Alam, Selangor pada 12 Oktober lalu.
Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad menyampaikan sendiri trofi, sijil pengiktirafan serta cek cura bernilai RM5,000 kepada Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Dr. Zulhizzam bin Abdullah serta Pengarah HBM Dr. Prashant Subramanian.
Turut menyerikan majlis dan meraikan kejayaan bersama ialah barisan wira di sebalik kumpulan Inovasi HBM, yang diketuai Pakar Perunding Perubatan Kecemasan merangkap Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HBM, Dr. Illiana Syahmun Mohd Razally.
Pasukan ini turut dianggotai barisan Pakar Perubatan Kecemasan iaitu Dr. Mohamad Zaidi Saad, Dr. Mohd. Fahmi Mohd. Abdul Kader Jailani, dan Dr. Leong Yuen Chin; Pegawai Perubatan, Dr. Asrul Izzani Yusof dan Dr. Tan Yee Hooi; Ketua Penyelia Kecemasan, Tuan Haji Mazuardi Haidor; Penolong Pegawai Perubatan, Encik Wesley Kasmir; serta Pegawai Teknologi Maklumat, Puan Ilyia Sahimi Ismail.
Falsafah Kepimpinan Kolektif Lonjak Daya Cipta

Membuka rahsia kejayaan tersebut, Dr. Prashant menjelaskan bahawa amalan kepimpinan kolektif dan perkongsian (shared leadership) yang diterapkan sejak beliau menerajui HBM menjadi pendorong utama kepada lonjakan produktiviti sertadaya cipta dalaman (in-house).
“Sekiranya kita berkongsi RM1, jumlah akhirnya kekal sama iaitu tetap se-Ringgit setiap seorang. Namun, apabila kitaberkongsi idea, gabungan pemikiran tersebut akan berkembangtanpa had (infinity).
“Prinsip inilah yang mahu kita pupuk dalam organisasi HBM — setiap orang mempunyai bakat tersendiri, maka teruskan danlaksanakan apa yang terbaik mengikut keupayaan masing-masing,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini pada 23 Oktober 2026.
Beliau berkata demikian dalam sesi temu ramah khas bersama-sama wartawan Buletin Mutiara, ZAINULFAQAR YAACOB dan jurugambar, MUHAMMAD IQBAL HAMDAN di Pejabat Pengarah HBM.
Pencapaian DIGID Pelengkap Rekod Cemerlang HBM.
Sebelum ini, HBM pernah mengharumkan nama negara daripada pasukan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) menerusi inisiatifinovasi hijau i-SPRINT — satu sistem pintar bagi permohonanambulan atas talian dan mengelakkan pergerakan ambulanskosong (empty ambulance rides) selepas menghantar pesakit.
Inovasi berkenaan merupakan salah satu faktor utama yang membantu menobatkan HBM sebagai Hospital Paling Lestari di Asia (Anugerah Emas) dalam Hospital Management Asia (HMA) Awards 2025 di Vietnam.
Dr. Prashant menambah, kemudahan fizikal di HBM mungkinsudah berusia, namun modal insan di hospital awam itu sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan zaman.
“Kejayaan DIGID ciptaan pasukan inovasi ini sekali lagi membuktikan kualiti kepimpinan dan idea bertaraf dunia mampu dilahirkan dari hospital daerah pakar minor untuk kegunaan di seluruh negara,” ujarnya optimis.
Belajar Daripada Tragedi, Transformasi Sistem Manual
Sebelum terciptanya DIGID, pengurusan mangsa bencana secara manual sering berdepan kekangan seperti kelewatan, ketidaktepatan maklumat serta pertindihan data rentas agensi.
Tragedi kemalangan bas membabitkan 33 mangsa — majoritinya mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) — di Kilometer 53 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada 9 Jun 2024 menjadi bukti betapa kritikalnya kecekapan logistik perubatan.
Apabila puluhan mangsa memerlukan rawatan serentak di pelbagai hospital, koordinasi pantas serta penyaluran maklumat yang tepat dan lancar antara fasiliti kesihatan menjadi kunci utama dalam menyelamatkan nyawa.

Menjawab cabaran di lapangan itu, Dr. Illiana Syahmun menjelaskan bahawa DIGID dibangunkan sebagai sistem digital bagi mengintegrasikan pendaftaran, pengesanan, rawatan dan pemindahan maklumat mangsa bencana secara bersepadu dan masa sebenar (real-time).
“DIGID ini merangkumi tiga modul utama iaitu pengurusan pesakit, pengurusan staf (petugas kesihatan) dan analitis data berkaitan.
“Sistem ini bukan sahaja merekodkan data pesakit, malah turut menjejaki maklumat petugas kesihatan yang dihantar ke zonbencana secara bersepadu.
“Dari sudut operasi, DIGID berjaya mengurangkan 21 langkah kerja berulang yang tidak perlu semasa operasi menyelamat dilaksanakan ” terang Dr. Illiana.

Difahamkan, DIGID merupakan cetusan idea Dr. Mohamad Zaidi berdasarkan pengalaman cabaran di lapangan sebelum ini, manakala Dr. Mohd. Fahmi bertindak membangunkan aplikasi pintar tersebut.
Replikasi Meluas Melepasi Sempadan HBM
Replikasi dan program pengembangannya telah diterima secara meluas di Hospital Pulau Pinang (HPP), Hospital Balik Pulau, Hospital Seberang Jaya, Hospital Kepala Batas, Hospital Sungai Bakap, serta Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seberang Perai Utara, PKD Seberang Perai Tengah, PKD Barat Daya dan PKD Timur Laut.

Bukan sahaja di Pulau Pinang, Dr. Mohd. Fahmi memberitahu bahawa DIGID turut mula diguna pakai di dua hospital kerajaan di Kedah iaitu Hospital Kulim dan Hospital Sultanah Bahiyah, serta sebuah hospital swasta.
“DIGID diterima meluas kerana ciri utamanya seperti proses pendaftaran mangsa dan kakitangan yang pantas menerusi imbasan kod QR, akses data bersepadu masa sebenar antaraagensi, serta paparan papan pemuka (dashboard) analitik yang lengkap.
“Kami juga sedang berusaha untuk bekerjasama dengan agensi berkaitan termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Kementerian Komunikasi, supaya DIGID kekal boleh diakses di kawasan bencana yang tiada capaian internet stabil,” jelas Dr. Mohd. Fahmi.
Hargai Sokongan, Sasar Jadi ‘Hospital Pintar’ Pertama Negara
Mengakhiri temu bual, Dr. Prashant merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Y.A.B. Datuk Seri Utama Anwar Ibrahim; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad; Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Mahathar bin Abd Wahab serta pentadbiran Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow kerana sentiasa menggalakkan daya cipta dan inovasi dalam sektor perkhidmatan awam.
“Saya juga bersyukur dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Zulhizzam; mantan Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Dr. Fazilah binti Shaik Allaudin; Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, beberapa agensi kerajaan serta Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah kerana banyak memberikan bantuan dari segi sumber tenaga, tapak, dan koordinasi.
“Tanpa sokongan ‘turun padang’ daripada semua pihak berkenaan, idea inovasi ini tentu tidak dapat direalisasikan,” katanya.
Melihat ke hadapan, Dr. Prashant berharap HBM dapat terus menghasilkan projek inovatif lain yang berasaskan kemajuan kecerdasan buatan (AI).
“Sektor kesihatan awam kini bergerak seiring dengan kemajuan AI dan Technological Advancement. Banyak aplikasi moden akan membantu dalam perawatan dan pemantauan pesakit di wad dan di rumah (remote) dan boleh dilakukan oleh petugas kesihatan. Pesakit yang telah pun discharge ke rumah boleh dipantau oleh doktor dan petugas kesihatan setiap hari.
“Itu antara gambaran apa yang saya cita-citakan untuk Hospital Bukit Mertajam — mahu menjadikan HBM sebagai hospital pintar (smart hospital) kerajaan pertama di negara ini,” akhiri beliau.