Insentif hampir RM700,000 hargai jasa 320 wira sukan Pulau Pinang

3244a657 be80 4b2e a27a 75d501b56951 KETUA Menteri (depan sekali, tengah) dan barisan pemimpin negeri lain merakamkan gambar kenang-kenangan dengan sekalian atlet negeri, jurulatih, penaja dan pegawai Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) sempena berlangsungnya Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Sukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SKIMAS) Tahun 2026 di sini malam tadi.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri hari ini menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian luar biasa barisan atlet negeri yang berjaya memahat nama serta maruah negeri dan negara dalam lima temasya sukan utama sepanjang tahun lalu dan tahun ini.

e3ee02c2 854d 4f45 b590 ffc9257045aa
KETUA Menteri

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, deretan kejayaan memberangsangkan itu menjadi bukti nyata bahawa anak jati Pulau Pinang memiliki bakat serta daya saing tinggi untuk menggegarkan pentas sukan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

“Kerajaan Negeri amat berbangga dengan pencapaian anda semua dalam lima temasya sukan utama ini, malah setiap pingat yang dimenangi, sama ada emas, perak, atau gangsa, membawa makna besar kerana mencerminkan kesungguhan atlet dalam membawa nama negeri dan negara,” ujarnya semasa berucap merasmikan Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Sukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SKIMAS) Tahun 2026 di sini malam tadi.

31f5b581 f244 4fc4 abbc f69c85690d2f b4446fa2 ebcb 4e48 8bce 73232819c8ffBeliau yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi menjelaskan bahawa bagi tahun 2026, pentadbiran negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM694,950 menerusi SKIMAS bagi meraikan seramai 320 atlet sebagai manifestasi pengiktirafan terhadap keringat serta pengorbanan mereka.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan itu lagi, habuan tersebut bukan sekadar ganjaran kewangan semata-mata, sebaliknya berfungsi sebagai pembakar semangat dalam usaha memperkukuh ekosistem sukan dan melahirkan barisan pelapis yang mampan.

“Matlamat kita bukan sekadar melahirkan juara pada hari ini, tetapi membina juga barisan pelapis yang mampu meneruskan kecemerlangan Pulau Pinang pada masa hadapan, buktikan bahawa atlet Pulau Pinang mampu berdiri sama tinggi dengan atlet terbaik di dunia,” tegasnya.

cc17c5c9 e166 4fa5 a5bd a3cf8dce2ea2
DANIEL Goo Zi Sen

Berucap sebelum pada itu, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen semasa memperincikan pencapaian kontinjen negeri antara lain turut berkongsi kebanggaan apabila Pulau Pinang melakar sejarah tersendiri pada temasya SUKMA Selangor 2026 menerusi kutipan 156 pingat keseluruhan merangkumi 39 pingat emas, 55 perak dan 62 gangsa, sekali gus mencatat rekod kutipan pingat tertinggi dalam sejarah penyertaan negeri.

Beliau menambah, rentak kecemerlangan itu turut disusuli kejayaan kontinjen Para SUKMA yang diterajui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) buat julung kalinya apabila berjaya menepati sasaran di tangga kesembilan keseluruhan dengan rangkuman 7 emas, 16 perak dan 14 gangsa.

1ae0a267 3b20 4774 8e4a 81f3f22efacb ced37b9a 3629 4ed4 8065 c722910b6c20 ce7e2b7d 3ebf 4d55 ba03 f27a87828929e64f0f0e 5a6a 437a 8128 1fa7dfd8bd6dMenyentuh kilauan pingat di pentas antarabangsa pula, Zi Sen yang juga ADUN Padang Lalang memuji aksi memukau atlet judo kelahiran negeri ini, Amir Daniel Abdul Majeed yang menamatkan penantian 44 tahun Malaysia untuk merangkul emas acara judo lelaki bawah 81 kilogram (kg) di Temasya Sukan SEA ke-33 Thailand 2025, sebelum mengulangi sejarah gemilang sebagai atlet judo pertama negara memenangi emas pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

“Selain daripada itu, atlet Pulau Pinang yang mewakili negara dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 turut menyumbangkan kepada kejayaan kontinjen negara dalam beberapa acara sukan.

“Antara pencapaian yang membanggakan termasuklah pingat emas dalam acara sepak takraw, manakala pingat perak berjaya diraih dalam acara sepak takraw, berbasikal, e-sukan dan hoki, dan selain daripada itu, atlet negara turut meraih pingat gangsa dalam acara e-sukan,” jelasnya.

8f4779a8 3a3e 4e27 829d 87906dfd93c3
HARRY Chai Heng Hua

Sementara itu, Pengarah MSNPP, Harry Chai Heng Hua mengingatkan para atlet bahawa harga sebenar sebuah perjuangan tidak hanya diukur menerusi kilauan warna pingat di atas podium, sebaliknya pada kecekalan untuk bangkit daripada setiap kekalahan serta pengorbanan bertahun-tahun di sebalik tabir yang turut digalas oleh para jurulatih dan ibu bapa.

Beliau berkata, MSNPP enggan terbuai dengan kejayaan semasa, malah sedang giat memperkasa sistem latihan serta memperluas aplikasi sains sukan sebagai persediaan rapi menghadapi Sukan SEA Malaysia 2027, SUKMA dan Para SUKMA 2028 di Kelantan, selain misi besar meletakkan anak negeri di pentas Olimpik dan Paralimpik Los Angeles 2028.

“Namun, dalam mengejar kemenangan, jangan sesekali kita lupa bahawa atlet bukan sekadar aset untuk memenangi pingat. “Anda, atlet-atlet ini, merupakan anak-anak kita, masa hadapan kita dan kebanggaan negeri. Kita mahu melahirkan juara di gelanggang, tetapi perkara yang lebih penting adalah untuk melahirkan juara dalam kehidupan,” katanya.

Turut hadir pada majlis penghargaan atlet negeri tersebut ialah Ketua Kontinjen (Chef de Mission) bagi Kontinjen Negeri Pulau Pinang ke SUKMA Selangor 2026, Joseph Ng Soon Siang yang juga ADUN Air Itam; Pegawai Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya, Dato’ Rosli Halim serta Timbalan Ketua Kontinjen Para SUKMA Pulau Pinang merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), Dato’ Ong Bee Leng.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ALISSALA THIAN
Video : NURATIKAH RAHMAT