Istiadat pemahsyuran Majlis Bandaraya Seberang Perai, 16 Sept. – Rozali 

SR. ROZALI Mohamud.

SEBERANG JAYA – Istiadat pemahsyuran Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dijadual berlangsung di Dewan Millenium dekat Kepala Batas pada 16 September ini, serentak dengan sambutan Hari Malaysia.

Yang di-Pertua Majlis Perbadaran Seberang Perai (MPSP), Datuk Sr. Rozali Mohamud memberitahu Tuan Yang Terutama Negeri (T.Y.T) Tun Dr. Abdul Rahman Abbas sendiri akan menerima serahan Surat Cara Pengisytiharan Bandaraya daripada Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Tambah beliau, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow turut dijadualkan mengumumkan pelantikan Datuk Bandar bagi MBPP.

SR. Rozali Mohamud diiringi Ir. Rosnani Mahmud (kanan) dalam sidang media lanjutan di sini, menjelaskan salah satu daripada enam garis panduan baharu yang akan diperkenalkan selepas Istiadat Pemahsyuran Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) pada 16 September nanti.

“Istiadat menerima dan mengangkat sumpah jawatan Datuk Bandar, tandatangan Akuan Terima Jawatan oleh Datuk Bandar, istiadat Datuk Bandar menerima Kalung Datuk Bandar dan Cokma daripada TYY, turut akan dilangsungkan pada hari tersebut,” jelasnya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penuh di Kompleks Ibu Pejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini pada 30 Ogos 2019.

Hadir sama, Setiausaha Perbandaran, Ir. Rosnani Mohmud serta barisa Ahli Majlis bagi pihak berkuasa tempatan berkenaan (PBT).

SUASANA Mesyuarat Penuh Majlis di Kompleks Ibu Pejabat MPSP di sini pada 30 Ogos 2019.
SR. Rozali Mohamud mempengerusikan majlis sidang media di Kompleks Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perdana pada 30 Ogos 2019.

Selepas selesai majlis istiadat tersebut, menurut Rozali, akan berlangsung pula acara Ucapan Korporat oleh Datuk Bandar MBSP di Kompleks Ibu Pejabat MPSP.

“Logo MPSP akan dikekalkan sebab ada nilai sentimental, cuma perkataan ‘Perbandaran’ pada logo itu ditukar pada perkataan ‘Bandaraya’.

“Bendera MPSP dengan latar belakang hijau akan ditukar, dengan menggambarkan (Seberang Perai sebagai) bandar rendah karbon.

“Di (Kompleks Ibu Pejabat MPSP) ini, selain ada ucapan korporat, antara lain adalah nyanyian terakhir lagu lama MPSP sambil acara menurunkan bendera lama; kemudahan akan dinyanyikan lagi baru MBSP dengan dinaikkan bendera baharu,” jelasnya, sambil berkata ada acara perbarisan polis bantuan PBT.

Pada 17 September pula, Rozali berkata, akan berlangsungnya Hari Bandaraya.

“Pada Hari Bandaraya, yang akan kita umumkan hala tuju bandar raya, yang merangkumi 18 program (selama 30 hari masa sambutan), di samping enam garis panduan baharu supaya rakyat merasai manfaat sebagai bandar raya,” jelasnya.

Teks & Gambar: ZAINULFAQAR YAACOB