Isu Kg. Melayu Batu Uban, harap Shabudin dapat tampil jawab dakwaan

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

LAPORAN fitnah Utusan Malaysia bertarikh 6 Januari 2012.
LAPORAN fitnah Utusan Malaysia bertarikh 6
Januari 2012.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar yang menyatakan bahawa sebuah lagi perkampungan tradisi di negeri ini bakal lenyap.

Dalam laporan akhbar Bahasa Malaysia, Utusan Malaysia bertajuk, “Kg. Melayu Batu Uban bakal lenyap” bertarikh 6 Januari 2012, Omar telah menggambarkan seolah-olah projek di atas tanah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) akan melenyapkan sebuah masjid dan penempatan Kampung Melayu Batu Uban di sini.

Malah, Omar turut mendakwa bahawa Kampung Melayu Batu Uban di Gelugor itu akan mengalami nasib yang sama seperti Kampung Buah Pala.

PELAN tapak pembinaan yang melibatkan hak laluan ke kawasan pembinaan di Kampung Melayu Batu Uban di sini.
PELAN tapak pembinaan yang melibatkan hak
laluan ke kawasan pembinaan di Kampung
Melayu Batu Uban di sini.

Mengulas laporan tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim menegaskan bahawa dakwaan tersebut merupakan tohmahan dan dakyah UMNO semata-mata.

Menurut beliau, tanah yang sedang dibangunkan di atas lot 159, mukim 13 itu adalah hak milik individu dan hanya sebahagian kecil tanah milik MAINPP di lot 188 yang terletak bersebelahan projek tersebut diberi hak laluan seperti yang telah dipersetujui pada 14 April 2009.

“Keputusan membenarkan hak laluan kepada pemaju seluas 40×40 kaki tersebut dibuat semasa Y.B. Shabudin (Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan),” tegas beliau pada majlis sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Abdul Malik turut menyatakan bahawa kedudukan orang Melayu dan Masjid Batu Uban langsung tidak terjejas dengan projek pembinaan lapan unit rumah oleh pemaju berkenaan.

“Dalam isu ini, saya harap Shabudin dapat tampil menjawab dakwaan Omar Faudzar,” ujar beliau lagi.