Jajaran PIL tidak libat pengambilan tanah PCGHS

Oleh : N O R S H A H I D A YUSOFF

GEORGE TOWN – Exco K e r a j a a n T e m p a t a n , Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow menyatakan bahawa cadangan pembinaan jajaran Penang Island Links (PIL) di b a w a h P e l a n I n d u k Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang dekat Jalan Gottlieb di sini tidak akan melibatkan pengambilan tanah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan Cina Pulau Pinang (PCGHS).

Menurutnya, Kerajaan Negeri tidak akan mengambil sebahagian tanah di kawasan sekolah berkenaan bagi tujuan pelebaran jalan untuk memberi laluan kepada projek PIP di kawasan terbabit.

“SRS Konsortium selaku rakan penyampai projek (PDP) telah memberi maklumat dan maklum balas iaitu jajaran PIL telah ditentukan.

“Ia tidak akan melibatkan pengambilan tanah sekolah berkenaan, malah jajaran tersebut juga tidak akan menjejaskan tanah milik Sekolah Tinggi Phor Thay dan Persatuan India di Jalan Gottlieb.

“Semuanya tertakluk kepada kelulusan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Kerajaan Negeri sendiri,” katanya pada satu sidang media khas di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Exco Kerja Raya Utiliti (Tenaga, Air, Telekom) Pengangkutan (Udara, Laut & Keretapi), Lim Hock Seng, Addnan Mohd, Razali (Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBPP) dan Roslan Ramli (Timbalan Pengarah Perancangan Pembangunan MBPP).

Kon Yeow menjelaskan bahawa keperluan untuk PCGHS menyerahkan sebahagian tanah tersebut kepada MBPP adalah sebagai sebahagian syarat yang dikenakan mengikut Draf Tatasusunan Jalan MBPP.

“Mengikut draf ini, pembangunan yang terlibat dengan penyerahan Garisan Simpanan Jalan (ROW) adalah di antara 30 hingga 33 kaki dari sempadan pembangunan yang mana akan digunakan pada masa depan untuk tujuan pengembangan jalan atau kerja-kerja infrastruktur yang lain.

“Walau bagaimanapun, mengikut Seksyen 24 (1) Akta Perancangan Bandar dan Desa, kelulusan Kebenaran Merancang untuk mendirikan satu blok sekolah sembilan tingkat yang diberikan pada Disember 2013 telah luput setahun selepas itu (Disember 2014), ekoran tiada permohonan pembaharuan dikemukakan.

“Oleh itu, keperluan untuk menyerahkan tanah sekolah tidak timbul,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota.

Mengulas lanjut, Kon Yeow memberitahu bahawa untuk tujuan (pelebaran jalan) yang sama, beberapa buah sekolah sebelum ini turut terlibat dengan penyerahan ROW.

document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);