Jalajah Mesra Bazar Ramadan pastikan kualiti makanan selamat dan terpelihara

Admin
4a894359 83ec 4a7a 9da3 b00c8a3e1603

GEORGE TOWN – Sehingga 1 Mac 2026, sebanyak 18 operasi pemeriksaan telah dilaksanakan melibatkan Bazar Ramadan dan gerai makanan lain di seluruh negeri Pulau Pinang.

Jelas Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen, sebanyak 1,256 gerai telah diperiksa dalam tempoh tersebut bermula awal Ramadan.

“Sepanjang itu sebanyak 2,452 pengendali makanan telah disaring dan diberikan pendidikan kesihatan dan 235 notis kompaun dikeluarkan dengan jumlah keseluruhan RM26,950, kebanyakannya melibatkan kesalahan kebersihan semasa pengendalian makanan.

2a88773f e52c 441b becd f8a5857d1c2d

“Dalam pemeriksaan tersebut sebanyak 60 sampel makanan telah diambil untuk analisis makmal.

“Tindakan susulan akan diambil sekiranya didapati tidak mematuhi standard keselamatan makanan,” ujarnya pada Program Jelajah Mesra Bazar Ramadan (Prangin Mall) di sini petang tadi.

75efac10 4ecf 49e8 b787 66530be14169

Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato’ Ir. A. Rajendran dan Pegarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Dato’ Dr. Fazilah Shaik Allaudin.

Tambahnya pemeriksaan tersebut sangat penting dalam memastikan keselamatan dan kualiti makanan terpelihara sepanjang Ramadan 2026.

Mengulas lanjut Zi Sen memaklumkan peringatan mesra kepada masyarakat mengenai kepentingan keselamatan turut disampaikan menerusi siara radio Mutiara FM.

“Dalam memastikan keselamatan makanan, pemeriksaan kebersihan, kualiti makanan, pembungkusan dan pelabelan turut dijalankan.

“Pensampelan makanan berisiko tinggi turut diambil untuk dianalisis serta pengambilan tindakan terhadap aduan berasan yang diterima oleh orang awam.

“Turut diadakan adalah pendidikan kesihatan kepada pengendali makanan melalui sesi taklimat bersama penganjur bazar,” katanya lagi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang.