Jalan alternatif Kubang Ulu sempit dapat cakna ADUN Penanti

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PENANTI – Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mencari jalan untuk melebarkan jalan alternatif ke Kampung Simpang Tiga Kubang Ulu, di sini demi kepentingan rakyat setempat.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, pembinaan jejantas baru di kawasan tersebut telah mengakibatkan jalan alternatif itu kian sempit ke dinding Masjid Jamek Kubang Ulu dan sebuah rumah milik penduduk setempat.

“Penduduk ‘bising’ kerana lorong (alternatif) ini sempit selepas (projek pembinaan) jejantas tersebut siap sepenuhnya.

“Kita akan berbincang untuk pindah rumah tersebut…kita akan bincang dengan pejabat (Jabatan) Mufti Pulau Pinang untuk mengalihkan masjid tersebut ke satu tanah lain agar jalan alternatif ini boleh dilebarkan,” ujar Mansor yang juga Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Penanti semasa melawat lokasi berkenaan baru-baru ini.

Hadir bersama, wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang dan wakil Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

Tinjauan yang dibuat mendapati, lebar jalan alternatif dua hala itu kira-kira enam kaki sahaja, cukup untuk laluan sebuah kereta.

LORONG alternatif ke Kampung Simpang Tiga Kubang Ulu di sini yang berlebaran kira-kira enam kaki dihitung cukup untuk laluan sebuah kereta sahaja.
LORONG alternatif ke Kampung Simpang Tiga Kubang Ulu
di sini yang berlebaran kira-kira enam kaki dihitung cukup untuk laluan sebuah kereta sahaja.