Jalan berlubang, jenis kerosakan paip kumbahan IWK belum dapat dipastikan – Zairil

Admin
GAMBAR jalan berlubang di persimpangan Jalan Sungai dan dan Jalan Sungai Pinang mula ditutup selepas Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menerima aduan berkaitan pada petang semalam.

GEORGE TOWN – Kejadian jalan berlubang di Sungai Pinang pada petang semalam adalah disebabkan kebocoran paip kumbahan milik Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).

ZAIRIL Khir Johari

Dalam kenyataan bertulis pada awal pagi tadi, Exco Infrastruktur dan Pengangkutan, Zairil Khir Johari menjelaskan bahawa IWK sehingga kini tidak dapat memastikan jenis kerosakan secara tepat sehingga lah pintasan dibuat dalam tempoh masa beberapa hari ini.

“Pada masa ini kami tidak dapat memastikan sehingga IWK boleh menilai kerosakan.

“Lubang itu sebahagiannya tersumbat dek kumbahan, IWK tidak dapat menentukan kerosakan sehingga pintasan dilakukan,” jelasnya kepada Buletin Mutiara pada 28 September 2022.

Beliau turut memberitahu bahawa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) turut menerima aduan berkaitan, semalam.

Dalam perkara berkaitan, beliau turut menjelaskan bahawa kerja-kerja membaik pulih kerosakan pada sistem kumbahan itu juga bukan di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Ini, bukan di bawah bidang kuasa JKR,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Bunga.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : LAW SUUN TING