Jangan laksana tugas semata-mata harap pengiktirafan, perlu ikhlas – Ir. Sabri

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri dan Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang (JPSPP) akan terus mengiktiraf usaha gigih, komitmen yang konsisten dan budaya kerja cemerlang penjawat awam negeri.

Demikian kata Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow ketika hadir menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Terpuji 2015 dan Jasamu Dikenang 2016 JPSPP pada 27 Disember lalu.

Menurutnya, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memastikan setiap pengorbanan dalam menggalas tugas dan tanggungjawab diberi pengiktirafan sewajarnya.

“Saya percaya, pengiktirafan sebegini bukan sahaja sebagai menghargai penjawat awam negeri, bahkan turut menjadi mekanisme dalam mempamerkan potensi serta prestasi diri setiap penjawat awam di negeri ini,” ucapnya pada majlis berkaitan di sini baru-baru ini.

Seramai 240 dar ipada 427 kakitangan JPSPP menerima Anugerah Perkhidmatan Terpuji ekoran penilaian prestasi melebihi 90 markah bagi tahun yang dinilai.

Manakala, 15 kakitangan bakal bersara menerima Sijil Jasamu Dikenang dan Sijil Kelakuan Terpuji (2).

Pengarah JPSPP, Ir. Sabri Abdul Mulok berkata, tahun 2016 merupakan tahun yang mencabar buat JPS dan beliau berharap pemberian anugerah tersebut akan menjadi pendorong kepada kakitangan (JPSPP) lain untuk terus menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang, termasuk semua aspek penyampaian perkhidmatan jabatan berkenaan.

“Paling utama, janganlah melaksanakan tugas semata-mata mengharapkan pengiktirafan, tetapi sebalik perlu ikhlas, proaktif dan utamakan integriti dalam menyempurnakan amanah dipertanggungjawabkan,” ujarnya yang turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kakitangan yang bakal bersara.if (document.currentScript) {