Jasa pasukan keselamatan dikenang

Admin

TAHNIAH… Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai mengucapkan tahniah kepada Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Desa Mawar, Kampung Melayu dan Pasukan Bomba Sukarela Bukit Bendera ekoran komitmen mereka membersihkan sisa-sisa pokok tumbang ekoran kejadian ribut kencang di sini baru-baru ini.

“Terima kasih kepada mereka kerana membantu penduduk di sini membersihkan pokok-pokok tumbang di jalan-jalan dan laluan kenderaan sekitar Air Itam.

“Tindakan pantas mereka bukan sahaja memberi keselesaan kepada pengguna jalanraya di sini, malah juga mampu mengelakkan terjadinya kemalangan jiwa,” katanya di sini baru-baru ini.

Dalam kejadian baru-baru ini, beberapa kawasan sekitar Jalan Zoo, Jalan Pisang Tanduk dan Kampung Baru terjejas dan mengalami kesesakan kerana terdapat pokok-pokok yang tumbang dan menghalang laluan kenderaan.

“Inilah semangat yang kita mahukan ketika menghadapi bencana.

“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” ujar Hon Wai.