Seminar bimbing minda untuk pelajar

Admin

BATU MAUNG – Bagi membimbing minda pelajar khususnya mereka yang bakal menduduki peperiksaan utama negara, Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung mengambil inisiatif menganjurkan Seminar Motivasi ‘Aku Bukan Genius’ di sini baru-baru ini.

Seminar tersebut disampaikan jurutera berkelulusan Univeristi Teknologi Malaysia (UTM), Mohamad Abu Huzaifah.

Turut diraikan adalah 11 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi kawasan Batu Maung.

ADUN Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, kepentingan menuntut ilmu adalah dituntut ke atas semua individu demi jaminan masa hadapan.

“Tiada jalan singkat untuk beroleh kejayaan, usaha, usaha dan usaha adalah perlu.

“Jangan pernah jemu, itulah resipi kejayaan,” ucapnya yang turut menekankan aspek pendidikan dalam teras perkhidmatan beliau di sini baru-baru ini.

Selain mempelajari teknik peta minda yang mudah dan jelas bagi membantu daya ingatan para pelajar, turut didedahkan pada penganjuran berkenaan adalah pengurusan masa.