JBPP Pulau Tikus sumbang 4,000 keping biskut kepada rumah amal terpilih

Admin
90500daf a936 42cd ac05 c8dee543c66e MAJLIS sumbangan amal kuih raya Aidilfitri oleh wakil JBPP Pulau Tikus di sini baru-baru ini.

PULAU TIKUS – Sempena Aidilfitri yang akan menjelang, Jawatankuasa Belia Pulau Pinang (JBPP) N25 Pulau Tikus menyumbang 4,000 keping biskut kepada rumah amal terpilih.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng menyatakan sumbangan tersebut secara tidak langsung mengajar orang muda membuat biskut sebagai tanda penghormatan di bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri ini.

“Sempena bulan Ramadan ini, kumpulan belia JBPP Pulau Tikus telah menganjurkan satu program yang sangat bermakna yang mana belia dapat mempelajari kemahiran baharu sambil melakukn kerja sosial yang baik.

“Diharap sumbangan ini mampu menggembirakan rumah-rumah amal terlibat ketika menyambut kedatangan Aidilfitri kelak (esok),” ujar Sze Seng kepada Buletin Mutiara baru-baru ini.

Difahamkan bengkel ini mendapat kerjasama daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bangkok Lane, dan Belia Harmoni Pulau Pinang (BHPP).

Menurut Presiden Belia Harmoni Pulau Pinang, Aiman Fitri, program ini adalah sebahagian daripada Jelajah Tarbiyah Ramadan yang bertujuan meningkatkan keupayaan belia untuk menyumbang kepada komuniti.
“Bengkel “Bake For A Cause: Cookies Workshop” telah diadakan di Dewan Desiran Tanjung, Tanjung Tokong.

“Peserta boleh belajar membuat biskut di bengkel yang dibuka kepada belia dan komuniti dengan melibatkan lebih 20 orang, termasuk pelajar.

“Antara tempat-tempat di Pulau Tikus yang telah menerima sumbangan ini adalah Sekolah Menengah Agama (SMA) Tarbiah Islamiah (100 balang), Rumah Amal Cheshire Pulau Pinang (20 balang), dan St. House of Nicholas for the Blind (20 balang),” maklum Aiman Fitri.

 

Oleh : NURUL HAWA FARAHIN HAMEDDY
Gambar : JBPP