Jom daftar Gunting Rambut Amal percuma hari ini

Admin

BAGAN JERMAL – Pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Jermal berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan gunting rambut percuma esok.

ADUNnya, Soon Lip Chee dalam satu kenyataan mempelawa para pelajar yang berminat untuk mendaftar di Pusat Khidmat ADUN Bagan Jermal secara percuma sebelum 25 Disember 2019, ataupun hubungi pusat khidmatnya di talian 04-3310163 / 012-4130362.

“Selain memberi perkhidmatan percuma, program Gunting Rambut Amal juga adalah salah satu inisiatif yang dilaksanakan untuk memberikan pendedahan kepada golongan belia terlibat mengenai teknik-teknik menggunting rambut.

“Untuk itu, seramai 10 pelajar praktikal dalam bidang ini bertanggungjawab untuk menggunting rambut pelajar-pelajar yang telah mendaftarkan diri.

“Pakar-pakar professional dari salon rambut HairStory juga akan turun padang untuk memberi panduan kepada mereka,” ujar Lip Chee yang juga Exco Belia dan Sukan.

Program dijangka berlangsung di Gelanggang Bola Keranjang Berbumbung Mak Mandin dari jam 9 pagi hingga 3 petang dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Mak Mandin.

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ADUN