JPS teliti punca banjir kilat Penaga

Admin

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI


PENAGA – Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah (JPS) bakal meneliti sistem peparitan di Kampung Pasir Gebu serta Permatang Keriang di sini yang merupakan kawasan penempatan baharu dan dipercayai sistem saliran air masih tidak sempurna sehingga menyebabkan kejadian banjir kilat baru-baru ini.

Lantaran itu, Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK), Rosidi Hussain amat berterima kasih atas inisiatif pantas JPS tersebut.

“Ekoran kejadian hujan kebelakangan ini, beberapa lokasi menuju ke Kuala Muda di sini dinaiki air terutama di kawasan-kawasan rendah dan difahamkan bahawa kejadian tersebut adalah ekoran sistem peparitan bawah tanah yang tersumbat.

“Atas tindakan pantas JPS dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) setempat yang banyak membantu
terutama ketika bencana melanda, saya ucapkan berbanyak terima kasih dan diharap masalah ini dapat diatasi pada kadar segera,’’ katanya di sini baru-baru ini.

KEADAAN banjir kilat di Kampung Pasir Gebu dan Permatang Keriang di sini.
KEADAAN banjir kilat di Kampung Pasir Gebu dan Permatang Keriang di sini.