Kafe Sains P. Pinang di Alma, ajar anak-anak mengenai robotik & sains secara percuma

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar : ALISSALA THIAN

 

MACHANG BUBOK – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng melancarkan Kafe Sains Pulau Pinang (Penang Science Cafe) yang ketiga dekat Pusat Perniagaan Alma di sini baru-baru ini.

Ketika berucap, beliau berharap inisiatif berterusan Kerajaan Negeri melalui Penang Science Cluster (PSC) akan menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat kecemerlangan sains dan teknologi di Malaysia.

“Kafe Sains Pulau Pinang di Alma ini akan mengajar anak-anak kita mengenai kegunaan robotik dan sains secara percuma. “Dan, guru-guru di sini adalah jurutera mahir yang berpeluang untuk ditemui semua kanakkanak,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih merangkap Ahli Parlimen Bagan pada majlis berkaitan.

Hadir sama, ADUN Machang Bubok, Lee Khai Loon dan Michael Tan Chong Heng (Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP).

Difahamkan, PSC melancarkan Kafe Sains Pulau Pinang pertama pada Disember 2013 di Krystal Point, dan di Wisma Yeap Chor Ee pada 5 Disember 2015.

Kira-kira RM20 juta nilai pelaburan ketiga-tiga Kafe Sains Pulau Pinang, hasil inisiatif Kerajaan Negeri bekerjasama dengan beberapa pihak.

Itu, tidak termasuk RM28 juta untuk mewujudkan Tech Dome Pulau Pinang; RM6 juta bagi pembinaan Pusat Pembelajaran Karpal Singh untuk pendidikan sains, teknologi, bahasa Inggeris dan matematik serta RM6 juta lain untuk German Dual Vocational Training (GDVT).

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng melahirkan rasa kebimbangannya terhadap tahap pendidikan sains dan teknologi di sekolah.

Menurutnya, Malaysia pada tahun 2012 di kedudukan ke-52 daripada 65 negara yang terlibat dalam Program Penilaian Antarabangsa (PISA), kendalian Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

“Pelajar sekolah menengah kita yang berusia 15 tahun berada pada tahap ketiga dalam kedudukan 70 negara-negara lain, dengan tewas di belakang negara membangun seperti Vietnam dan Thailand sendiri.

” P ad a tah un 2 0 1 5 pu la, Malaysia yang mempunyai 51 peratus respons kajian adalah tidak memenuhi kriteria minimum pada kadar 85 peratus yang diperlukan oleh PISA untuk kajian perbandingan dengan negaranegara lain.

“Langsung tiada penjelasan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi kadar kajian responden yang begitu rendah pada tahun 2015 (berbanding) pada tahun 2012, Malaysia ada lebih 90 peratus kadar respons,” ujar Guan Eng.