AES inisiatif Kerajaan Pakatan manfaat keluarga memerlukan

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

Gambar : DANNY OOI

AIR ITAM – Sebanyak 12 keluarga dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Air Itam menerima manfaat daripada program Agenda Ekonomi Saksama (AES) kelolaan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang sejak 2009.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai berkata, barisan penerima bukan sahaja terdiri daripada pelbagai latar belakang etnik dan agama, tetapi juga sosial.

“Program AES adalah bukti bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang mengambil berat masalah kemiskinan dalam kalangan rakyat negeri ini.

“Sekiranya pendapatan yang diperoleh sesebuah keluarga kurang daripada RM790 sebulan, maka Kerajaan Negeri akan menambah nilai perbezaan setiap bulan sehingga ia menjadi RM790 setiap bulan tertakluk kepada syaratsyarat yang ditetapkan.

“Sungguhpun bantuan ini tidak seberapa, namun sekurang – kurangnya dapat membuka jalan dan memberi nafas baru kepada penerima,” ujarnya pada majlis penyampaian bantuan tunai AES kepada empat keluarga kurang mampu di Pusat Khidmat ADUN Air Itam dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dan Penghulu kawasan Air Itam, Saaddudin Khalid.

Menurut Hon Wai, keempat-empat keluarga tersebut menerima antara RM100 hingga RM470 sebulan mengikut pendapatan bulanan masing-masing.

“Program AES merupakan inisiatif murni Kerajaan Negeri dalam membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang dan saya percaya AES akan terus memanfaatkan keluarga yang berpendapatan rendah dan memerlukan di negeri ini,” jelas beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri.

Berikut adalah senarai penerima baru AES bagi KADUN Air Itam:

i. Roshimah Main, 41, dari Jalan Kampung Melayu. ii. Jaliza Hashim, 43, dari Jalan Lembah Ria. iii. P. Manomnani, 67, dari Jalan Kampung Pisang. iv. P. Ringgama, 68, dari Jalan Kampung Pisang. Sejak Mac 2009 sehingga November 2016, sejumlah 1,334 keluarga seluruh negeri Pulau Pinang menerima manfaat daripada pelaksanaan program AES.

Antara syarat-syarat permohonan AES adalah: • Warganegara Malaysia • Bermastautin / menetap di Pulau Pinang • Memiliki dokumen lengkap seperti: a. Kad temujanji perubatan b. Rekod kehadiran / kelahiran bayi c. Rekod kehadiran warga emas d. Rekod laporan akademik anak • Memenuhi syarat Paras Garis Kemiskinan berikut: Bilangan Ahli Isi Rumah Kelayakan (berasaskan PGK isi rumah) 1 orang PGK kurang daripada RM300 2 orang PGK kurang daripada RM440 3 orang PGK kurang daripada RM660 4 hingga 5 orang PGK kurang daripada RM790 6 orang ke atas PGK perkapita kurang daripada RM220 seorang.