Briged Wanita JKKK Taman Nelayan terima sumbangan peralatan memasak

Gambar : PPK

SUMBANGAN PERALATAN MEMASAK… Briged Wanita Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Taman Nelayan baru-baru ini menerima sumbangan peralatan memasak dari Pusat Khidmat Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Teluk Bahang. PPKnya, Halil Sabri Hamid berkata, beliau berharap sumbangan tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya terutamanya kepada komuniti setempat atau Briged Wanita sendiri.

“Peralatan-peralatan ini haruslah digunakan sebaik-baiknya sama ada ketika menganjurkan program setempat, mahupun bagi mengadakan kelas masakan,” katanya pada pada berkaitan yang disempurnakan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Dato’ Mansor Othman.

Hadir sama, Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ahmad Razaaim Azimi, Zainudin Md Zain (Pengerusi JKKK Taman Nelayan), Nur Sarzalina Sareh Hamid (Ketua Briged Wanita Taman Nelayan).

Antara peralatan diterima ialah ketuhar gelombang mikro, pengisar, periuk, tong gas dan sebagainya